CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 12 September 2009

ANALISIS DATA (PN.SAKINAH ) 9/6/09

Analisis Data

  • Proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. pasti ada sekurang-kurangnya tiga atau lebih jenis data untuk dianlisis.
  • Data kualitatif dan kuantitatif boleh di[persembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis
  • Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatain, bilang dan bandingkan dan buat anggaran.


Langkah Analisis Data Kualitatif


  1. Langkah Pertama
  • tengok secara lalu maklum balas
  • ambil nota atas tema yang muncul isu atau faktor yang kamu dengar
  • cari item yang berulang atau penting

2. Langkah Dua (Kualitatif)
  • pilih 3 atau 4 tema kategori yang muncul dan bina matriks
  • Cuba buat bukti berkaitan dengan tema utama
3. Langkah Tiga (Kualitatif)
  • Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
  • baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang telah dikenal pasti .
  • seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina
4. Langkah Empat (Kualitatif)
  • Tanya (apa yang telah saya dapat)
  • Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
- pola konsep
- pola sikap

  • Tulis atau rekodkan pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
  • cth : 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
  • tajut sentiasa disebut beberapa kali
  • sokongan bacaan journal
5. Langkah 5 (Kualitatif)
  • apa kesimpulan yang boleh kita buat
  • rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

6. Langkah 6 (Kualitatif)
  • Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- tinjauan (soal selodik lain) / temubual penilaian
- semak semua persoalan kajian
- bina modul/aktiviti
  • Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
  • Apakah maklumat yang masih diperlukan
- atas pelajar
- atas kaedah
- maklumat latar belakang untuk tunjuk


KEGUNAAN DATA DALAM Plan-Do-Study-Act Cyole

  1. Plan
  • nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
  • analisis dan kenalpasti tema utama
  • kenalpasti sumberdata yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikkan
2. Do
  • kumpul data
  • buat kajian matrik untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
3. Study
  • Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan
4. Act
  • kenalpasti soalan tambahan
  • rancang untuk penambahbaikkan berterusan
  • mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dan penyelidikan tindakan
  • kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tak usah risau
  • dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya.

RINGKASAN DATA ANALISIS

  1. Panduan untuk menganalisis data
  • reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
  • cuba faham, maklumat yang ingin disampaikan untuk data
  • cari tema dan pola
  • susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
  • baca dan baca data lebih daripada sekali
  • bina imej visual
  • tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
  • Let data speaks

PROSES DATA ANALISIS

  • Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • cari tema dan pola
  • ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  • lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  • bina subtema jika perlu
  • simpan nota secar berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
  • semak makluamt untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
  • kenalpasti pola utama
  • cari maklumat untuk menyokong dapatan kerangka

Ahad, 28 Jun 2009

HAJAH HALIMAH ( 8/6/09)

Aktiviti 1

Pembentangan proposal diteruskan....

a) Ketua: Aznida
Tajuk proposal: Meningkatkan pembacaan Tilawah Al-Quran menggunakan tutor rakan sebaya

b) Ketua: Faizah
Tajuk:
Meningkatkan Penghafalan Dan Penguasaan Dhomir Bahasa Arab Menggunakan Teknik Berlagu Di Kalangan Murid Tahun 2

c) Ketua: Bahariah
Tajuk: Meningkatkan minat pelajar-pelajar dalam subjek Geografi di kalangan pelajar Tingkatan 3 menggunakan EksploGeo

d) Ketua: Anis Firdaus
Tajuk: Meningkatkan penglibatan pelajar perempuan dalam aktiviti Kadet Polis

e) Ketua: Ummi Salmah
Tajuk: Meningkatkan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran Sains "Interdependence Among Living Organisms" menggunakan ABM 'Dam Ular'

f) Ketua: Azizi
Tajuk: Meningkatkan Pencapaian Kesusasteraan BM menggunakan kaedah "Think Pair Share"

g) Ketua: Aini
Tajuk: Meningkatkan perbendaharaan kata BI menggunakan 'role play'.



Aktiviti 2

KUIZ

  1. Senaraikan perbezaan antara Kajian Tindakan dan Kajian Eksperimental
  2. Senaraikan persoalan kajian (research question) berdasarkan proposal kajian anda.
  3. Apakah baseline data?


TUGASAN:

Hantar proposal baru yang lengkap seperti di bawah pada hari Isnin 15/6/09:

Bab 1 : Rasional kajian, tujuan, objektif, persoalan kajian

Bab 2: Literature

Bab 3: Prosedur kajian secara terperinci, rancangan harian mengajar, contoh ABM, langkah-langkah kajian yang dijalankan

Bab 4: Pengumpulan data

Bab 5 : Penganalisisan data

HAJAH HALIMAH ( 1/6/09)

Aktiviti 1

Beberapa buah kumpulan telah dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil proposal mereka.


Aktiviti 2
Kami dikehendaki menulis pandangan kami/luahan hati mengenai Kajian Tindakan secara keseluruhannya sepanjang mengikuti kursus tersebut di atas sekeping kertas dan menghantarnya sebelum tamat kelas.


TUGASAN SETERUSNYA......
"Detail"kan lagi proposal terutamanya bahagian perlaksanaan,cara pengumpulan data dan cara untuk menganalisis data.

NOTA KULIAH PUAN NORSAKINAH MOHAMED ( 29/5/09)

TEKNIK PENGUMPULAN DATA

- Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian.

- Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna.

- Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi penyelidikan.


TIGA SEBAB PERLU CAPAI KUALITI

i. Tanggungjawab kepada pelajar

- Iaitu memperbaiki pengajaran dari semasa ke semasa.

ii. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain.

iii. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah perkara manfaat (menambah ilmu

pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.


- KRITERIA KUALITI


- Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain

- Dua rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti iaitu kesahan dan

keboleh percayaan

- Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.



KESAHAN

- Merujuk kepada kebenaran data.

· Dengan mengetahui data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.



KEBOLEHPERCAYAAN

  • Berkaitan dengan ketepatan data.
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.
  • Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya :

· Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat reality?

· Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?


5 TAHAP PENYELIDIKAN TINDAKAN

· Mengenal pasti masalah

· Perancangan tindakan

· Mengumpul data

· Analisis data

· Perancangan untuk tindakan seterusnya


MENGUMPUL DATA

· Untuk mengumpul data mestilah mempunyai kualiti yang tinggi dan kebolehpercayaan yang tinggi

· Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan ini?

· Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?


ALAT PENGUMPULAN DATA

· Pemerhatian (video tape)

· Nota guru dan komen

· Kerja pelajar

· Refleksi pelajar dan kerja pelajar

· Jurnal pelajar

· Ujian

· Tinjauan soal selidik

· Temuduga (audio tape)

Selasa, 26 Mei 2009

KULIAH MINGGU 6 ( HJH.HALIMAH BTE HARUN)


Aktiviti 1


Kami diminta mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4 dan menjawab soalan-soalan yang berikut:

  • Nama
  • No. Matrik
  • Program
  • Status Diri
  • Alamat
  • Kenapa anda menjadi guru?
  • Siapa dia guru yang paling ada suka dan berikan sebab?
  • Siapa dia guru yang paling anda benci serta berikan sebab?
  • Apakah Tugas guru?
  • Lukis gambar pokok dan selepas diminta untuk tandatangan serta menulis tarikh kelahiran.

Setelah 15 minit menjawab soalan yang telah diberikan, kami perlu menghantar kertas tersebut kepada Hjh. Halimah.



Aktiviti 2

Kami diminta bekerja secara berpasangan untuk membincangkan satu topik yang berkaitan dengan kajian tindakan semasa Seminar Pendidikan Serantau yang lalu. Kemudian beberapa kumpulan dipanggil untuk membentangkan di hadapan rakan-rakan yang lain berdasarkan point yang dikehendaki di bawah ini.

  • Kenapa
  • Apa
  • Bagaimana
  • Prosedur


TAJUK : PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA.
SESI SELARI : SESI SELARI 2C (PETANG)

TEMPAT : SRI MENANTI

PEMBENTANG : DR. JAMALUDDIN BADUSAH
PENGERUSI : DR. MOHD ARIF ISMAIL



Kenapa?

Kajian ini dibuat kerana ingin mengakji sejauh mana kesediaan dan pola penggunaan pelajar untuk menggunakan telefon bimbit bagi tujuan Pembelajaran (M-Learning).


Apa ?

Secara keseluruhannya, ramai pelajar memiliki telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran belum lagi dicapai tetapi pelajar lebih gemar menggunakan kemudahan telefon bimbit seperti call register, ringtone, radio, MMS dan sebagainya. Mereka kurang menggunakan telefon bimbit ini untuk melayari internet, email atau belajar secara M-Learning.


Bagaimana?

Seramai 1460 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dijadikan responden yang dipilih secara rawak.
Mereka telah diedarkan borang soal selidik bagi melihat kesediaan dan pola penggunaan pelajar IPTS menggunakan telefon bimbit bagi tujuan pembelajaran.
Tetapi hasil yang didapati bahawa pelajar belum menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran.


Prosedur Kajian

Untuk mengenal pasti sama ada pelajar IPTS menggunakan telefon bimbit untuk tujuan M-Learning.
Pemerhatian penyelidik terhadap penggunaan telefon bimbit adalah melalui borang soal selidik.


Aktiviti 3

Kami diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli untuk membuat satu proposal dan perlu dihantar proposal tersebut pada hari Khamis 28/5/09. Ahli-ahli kumpulan ialah :

  • Najwa Hayatee (Bio)
  • Norfaizah (Bio)
  • Halina (PI)
  • Norbasirah (PI)
  • Nor Afsah (PI)

Kemudian kami dikehendaki memikirkan satu tajuk kajian tindakan yang bersesuaian bagi proposal kami.

Tajuk yang dipilih : Meningkatkan Penguasaan Penghafalan Dhomir Dalam Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Darjah 2.


TUGASAN 2 ( ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN)


LAKUKAN PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, PENSINTESISAN DRAI SEGI SAMPEL, SETTING KAJIAN, PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS ARTIKEL.


ARTIKEL

Artikel 1

Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.
Pengarang : C. Dianne Raubenheimer dan Jennifer L.Myka
Tahun : 2005

Artikel 2

Tajuk : Research into Practise : Application of Participatory Action Research to Family School
Intervation.
Pengarang : Bonnis S.Ho
Tahun : 2002

Artikel 3

Tajuk : The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perceptions of
Action Research.
Pengarang : Deborah Sardo -Brown



PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN )


Persamaan

  • Ketiga-tiga artikel ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui pemerhatian. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat

Perbezaan

  • Kajian daripada ketiga-tiga artikel dapat dinyatakan bahawa artikel 1 dan artikel 3 merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara individu manakala artikel yang kedua pula merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara kolaboratif.

  • Setting kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik berdasarkan kepada artikel-artikel yang di atas dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah. Bagi artikel yang pertama ia dilakukan di makmal zoology yang bertempat di kolej.


SAMPEL


Artikel 1 : Pelajar-Pelajar.
Artikel 2 : Pelajar
Artikel 3 : Guru kelas ( 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki).

Huraian

Sampel kajian yang digunakan dalam ketiga-tiga artikel ini adalah terdiri daripada guru dan pelajar.



SETTING KAJIAN


Artikel 1 : Makmal Zoologi (kolej)
Artikel 2 : Sekolah
Artikel 3 : Sekolah ( 2 di sekolah rendah, 2 di sekolah menengah dan 2 di
sekolah tinggi)
bilik darjah

Huraian

Setting kajian yang dinyatakan dalam artikel pertama dilaksanakan di sebuah kolej yang mengunakan makmal sains untuk proses pembelajaran. Manakala artikel kedua dan ketiga lebih difokuskan kepada tempat yang lebih khusus seperti sekolah dan bilik darjah. Dalam ketiga-tiga setting kajian ini, artikel ketiga merupakan setting kajian yang memuaskan kerana dalam artikel ini ada dinyatakan jumlah sekolah yang terlibat dalam melakukan kajian tersebut.


PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


Artikel 1

  • Analisis masalah iaitu Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji
  • Merancang campur tangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
  • Perlaksanaan Tindakan
  • Pemerhatian
  • Menilai dan Merefleksi.


Artikel 2

  • Membentuk kerjasama dengan persatuan sekolah iaitu mengenalpasti ahli-ahli di sekolah dalam semua peringkat
  • Mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
  • Mengumpul data dan menganalisis
  • Membentuk data sintesis dan menjana idea serta cadangan
  • Mencipta data melalui tindakan
  • Penilaian


Artikel 3

  • Merancang bagaimana mengawal perubahan di dalam bilik darjah
  • Membina insentif
  • Melaksanakan satu kajian perintis
  • Analisis data

Huraian

Prosedur kajian bagi artikel pertama diterangkan secara jelas tentang langkah-langkah perlaksanaan kajian tindakan iaitu penyelidik melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran pelajar di kolej tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk mempertingkatkan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej tersebut. Kitaran pertama yang digunakan dalam jurnal ini melibatkan lima langkah pada permulaannya iaitu Mengenal pasti masalah, Merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi tetapi masuk pada kitaran yang kedua dan ketiga, hanya melibatkan 4 langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini berlaku secara berterusan.

Manakala jika dilihat kepada artikel yang kedua ia merupakan prosedur kajian tindakan yang dilakukan untuk mengetahui proses penyertaan kajian tindakan bagi kerjasama keluarga dan ibubapa. Artikel yang ketiga merupakan prosedur kajian yang simple dilaksanakan untuk menguji peningkatan pelajar dalam kemahiran bacaan lisan.




PENGUMPULAN DATA


Artikel 1 : Catatan Lapangan, Pemerhatian.
Artikel 2 : Pemerhatian, penyoalan terbuka, skala likert
Artikel 3 : Soal selidik, soal selidik terbuka, Ujian Skala Likert, Pemerhatian.

Huraian

Persamaan ketiga-tiga artikel ini ialah menggunakan kaedah pemerhatian dalam teknik pengumpulan data. Semua kaedah pengumpulan data yang dinyatakan ini tidak disertakan penerangan yang terperinci dan hanya menyebut sahaja bagaimana data ini dikumpul.



PENGANALISISAN DATA


Artikel 1 :Menganalis data melalui pemerhatian.
Artikel 2 : Menunjukkan perbezaan penting melalui cara tafsiran dalam bentuk jadual supaya dapat difahami.
Artikel 3 :Kualitatif dan Kuantitatif untuk menjawab soalan kajian tindakan.

Huraian

Pemerhatian dibuat tiga kali secara berterusan yang melibatkan tiga kitaran. Berdasarkan kajian dalam artikel ini, analisis data yang digunakan ialah kaedah Taxonomy Bloom’s dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Bahagian artikel kedua pula, analisis data dibuat berdasarkan kepada pembentukan jadual bagi memudahkan data itu dapat difahami iaitu kiraan dalam bentuk peratus 33% komunikasi, 30% cara menolong anak mereka dalam pencapaian akademik, ulangkaji dan sebagainya, 20% menyatakan kepuasan hati terhadap sekolah guru dan 17% pertimbangan yang istimewa atau kemudahan dan program yang boleh membantu ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Manakala artikel ketiga lebih kepada penganalisisan data mengggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.



RUMUSAN KAJIAN


Artikel 1

Artikel ini lebih membincangkan kepada memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai “Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan”. Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan tiga kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk menambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.


Artikel 2

Kajian ini melibatkan kerjasama antara keluarga dan sekolah untuk merapatkan hubungan yang teguh antara penglibatan ibu bapa dan memperbaiki hasil pendidikan untuk pelajar supaya menjadi lebih teratur dan berkesan. Penyertaan kajian tindakan ialah proses di mana penyelidik beroperasi sebagai rakan kerjasama sepenuh masa dengan ahli-ahli persatuan untuk memautkan teori dan kajian supaya latihan dapat diterima dan berkesan. Sekolah diberi tanggungjawab menggunakan pendekatan ini untuk memberi perhatian bagi membangun pergabungan peringkat sistem bagi kebanyakan masalah tertentu seperti pengkongsian keluarga-sekolah dengan tidak beruntung dari segi ekonomi dan mempunyai keluarga-keluarga yang pelbagai dari segi budaya dan linguistik. Artikel ini mempunyai proses kajian yang tersendiri untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah pelajar ke arah membentuk kepimpinan pelajar.


Artikel 3

Artikel ini menceritakan tentang usaha-usaha enam orang guru kelas dan persepsi mereka dalam melakukan kajian tindakan. Mereka ingin mengkaji berkenaan dengan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Faedah yang boleh didapati setelah melakukan kajian tindakan ini ialah untuk mencari kaedah pengajaran yang baru yang boleh dicadangkan dalam kajian tinjauan dan untuk meningkatkan professional. Selain itu, ia adalah untuk memperbaiki komunikasi dengan pelajar-pelajar dan untuk mendapatkan perspektif peribadi tentang kesan-kesan kaedah pengajaran dipelajari di universiti. Ini merupakan faedah yang besar untuk menjadi seorang guru di dalam sebuah sekolah daripada tahap sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi dapatan kajian tindakan mereka dengan yang lain.



HASIL KESELURUHAN


Setelah saya membaca ketiga-tiga artikel, di sini dapatlah saya rumuskan bahawa kesemua artikel ini lebih kepada kajian tindakan dalam pendidikan. Sampel yang digunakan dalam kajian ini lebih kepada pelajar dan guru sebagai responden malah setting kajian juga lebih berfokus kepada sekolah sebagai tempat kajian yang sesuai dijalankan apabila melaksanakan kajian tindakan. Apabila dikaji ketiga-tiga artikel ini, saya dapati artikel yang pertama merupakan artikel yang terbaik kerana dalam artikel ini ia banyak menggunakan proses kitaran kajian tindakan berterusan yang melibatkan tiga kitaran untuk mengkaji keberkesanan penggunaaan makmal di kalangan pelajar. Dari segi pengumpulan data pula, dapat dinyatakan bahawa ketiga-tiga artikel ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melakukan kajian tindakan. Jika dilihat dari sudut penganalisisan data pula, ia tidak menunjukkan teknik penganalisisan data secara jelas dan terperinci.


Ahad, 24 Mei 2009

TUGASAN 1( ULASAN BUKU )

Judul Buku : Doing Action Research A Guide for School Support Staff
Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser
Tahun Terbitan : 2006
Penerbit : SAGE Publications

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan tajuk buku di atas, apa yang saya faham setelah membaca buku kajian tindakan ini ialah kajian tindakan merupakan satu kuasa atau pendekatan untuk mengubah dan menambahbaik mutu pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah satu bentuk kajian yang praktik, mempunyai kitaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah atau di sekolah. Kajian tindakan merupakan kajian yang bersifat kualitatif yang mengkaji tentang tingkah laku pelajar, memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran , meningkatkan kualiti pendidikan di dalam bilik darjah serta meningkatkan kefahaman amalan kendiri dalam suatu situasi sosial supaya bertambah baik.

Penyelidik tindakan merupakan seorang yang profesional di mana mereka ini menggunakan kaedah kajian tindakan sebagai tujuan mengkaji dan mengubah latihan profesional mereka sendiri. Fokus utama dalam melakukan kajian tindakan ialah mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam kelas supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas yang positif. Untuk mengubah tingkah laku pelajar, sikap dan nilai mereka, seseorang pelajar perlu aktif di dalam kelas. Guru perlu memupuk sifat keberanian dalam diri pelajar supaya berani mencuba sesuatu yang baru.



MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Guru merupakan seorang tenaga pengajar yang diberikan amanah oleh Allah untuk mengajar dan mendidik anak-anak di negara kita menjadi insan yang berguna dan prihatin terhadap negara, agama dan bangsa. Guru diamanahkan menjadi ibu bapa kepada anak-anak tersebut apabila berada di kawasan sekolah, perlu membentuk disiplin kepada pelajar supaya pandai melaksanakan kerja dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Oleh itu antara sebab mengapa guru perlu melaksanakan kajian tindakan ialah :

1) Untuk mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana di dalam bilik darjah.

2) Untuk memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas positif daripada pelajar-pelajar.

3) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki kelemahan amalan kendiri.

4) Untuk meningkatkan akademik pelajar di dalam bilik darjah.



REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model : Model Kitaran Kajian Tindakan Lewin
Buku ini menerangkan tentang model yang digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ialah kitaran yang dibangunkan oleh Lewin (1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang digunakan oleh Lewin ialah :
  • Merancang
  • Bertindak
  • Memerhati
  • Merefklesi



Kitaran Kajian Tindakan Lewin


1) Merancang

Sebelum merancang sesuatu langkah penambahbaikan, langkah yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti isu utama yang menjadi fokus utama kajian. Mengenal pasti isu utama adalah untuk penambahbaikan ruang lingkup di mana mereka boleh memberi kesan perubahan dan mereka rasa bermotivasi untuk melakukan kajian.

2) Bertindak, Memerhati dan Merefleksi

Langkah ini digunakan untuk melihat bagaimana keseluruhan kitaran kajian tindakan boleh dijalankan secara praktis. Apabila fokus kajian telah dibuat, langkah seterusnya ialah untuk memilih apakah jenis tindakan yang akan dimulakan dan bagaimana untuk mengutip data berkaitan dengan tindakan ini. Contoh kaedah pengumpulan data ialah pemerhatian, temubual, rakaman video dan analisis dokumen. Prinsip utama dalam memilih alat pengumpulan data ialah semuanya mesti sesuai dengan tujuan yang dikehendaki dalam kajian ini.


Sampel / Participants
Buku ini tidak menyatakan sampel dalam buku kajian yang telah saya kaji ini. Tetapi apa yang saya faham sampel kajian mestilah melibatkan pelajar dan kanak-kanak . Dalam buku yang bertajuk “ A Teacher’s Guide to Classroom Research” karangan David Hopkins ada menyatakan bahawa sampel yang terdapat dalam buku ini ialah ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Setting Kajian
Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada tempat yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.


PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedurnya untuk melaksanakan kajian tindakan ialah :

  • Mengenal pasti isu dan masalah yang hendak dikaji.
  • Merancang tindakan
  • Perlaksanaaan Langkah Tindakan
  • Meninjau dan mengumpul data kajian tindakan
  • Menganalisis data
  • Merefleksi

PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA

1) Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang biasa digunakan dalam melakukan kajian tindakan ialah pemerhatian, borang soal selidik, temubual, dan rakaman video dan audio.


2) Teknik Pengumpulan Data

Setelah membuat keputusan tentang fokus kajian, peringkat seterusnya yang perlu diketahui ialah mempertimbangkan apakah data dan maklumat yang diperlukan. Dalam kajian tindakan, maklumat akan dikumpul ketika kitaran kajian tindakan semasa kajian tindakan dijalankan. Maklumat ini akan dianalisa dan keputusannya digunakan untuk memastikan peringkat tindakan yang seterusnya. Dalam kajian ini, kita hendaklah menggunakan dua atau tiga teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Contohnya borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan kumpulan sasaran. Selain itu, kita juga digalakkan menggunakan rakaman video/ DVD dan rakaman audio. Antara teknik pengumpulan data yang biasa digunakan ialah :


1. Pemerhatian

Pemerhatian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Ia merupakan satu kombinasi yang kompleks iaitu melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan dan bau. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat.

2. Diari, Jurnal dan catatan lapangan

Kajian diari yang juga dikenali jurnal atau catatan lapangan boleh digunakan untuk merakam pemerhatian yang dilaksanakan bagi mendapatkan data dan merupakan tujuan utama dalam proses kajian, peristiwa penting atau perasaan anda tentang projek kajian itu dan arahan yang telah diambil. Sebarang catatan diari boleh dibuat berpandukan kepada beberapa tahap :

  • Data yang belum diproses melalui pemerhatian yang dilakukan oleh individu, persekitaran, perbualan mereka yang dicatat dengan tarikh, masa dan sebagainya. Nota-nota ini akan dibuat di tempat yang lapang sebagai peristiwa-peristiwa yang berlaku.
  • Refleksi dan mengimbas kembali - berkembang nota-nota yang dilakukan selepas peristiwa, apabila anda dapat menambah informasi penting lain yang sedang difikirkan.
  • Tema dan wawasan - perjalanan rekod analisis dan tafsiran.
  • Pengalaman data – sebuah buku atau jurnal tentang bagaimana perasaan anda terhadap proses kajian atau peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.

3. Sumber-Sumber Dokumentari

Bell (1999 :106) menyatakan bahawa kebanyakan projek-projek pendidikan akan memerlukan analisis keterangan dokumentari. Jenis keterangan paling biasa diperlukan untuk projek kajian tindakan berpusatkan sekolah adalah sebahagian besarnya bertulis sebagai sumber-sumber bercetak. Contohnya, ini termasukla rekod-rekod murid, kerja yang dilakukan daripada buku kanak-kanak atau dokumentasi sekolah seperti minit-minit mesyuarat, polisi, daftar kehadiran, prospektus dan sebagainya. Bagaimanapun, seperkara lagi ia mungkin sesuai untuk anda bagi mengumpul bukti yang berbentuk tidak perlu menulis, seperti murid-murid melukis, menjadi model atau bergambar berkaitan dengan mempamerkan atau kerja projek. Keterangan seumpama ini boleh memberi maklumat yang penting untuk kerja anda atau mungkin membuktikan mampu menjadikan sumber data dalam diri mereka.

4. Borang Soal Selidik

Amnya, soal selidik mengandungi satu set soalan yang ditanya kepada seseorang untuk menjawab persoalan tersebut. Ia merupakan salah satu teknik pengumpulan yang sangat popular dan biasanya mudah untuk direka dan disampaikan.

5. Temubual

Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang penting dan sesuai berbanding soal selidik kerana ia memberi peluang kepada penyelidik untuk memperolehi maklumat kajian secara teliti dan mendalam. Kebiasaannya, dalam kajian ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian malah penyelidik perlu bersemuka iaitu secara terus menerus dengan peserta untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki secara langsung. Sama seperti pemerhatian, Temubual juga terdiri daripada dua jenis iaitu :

  • Temubual Berstruktur
  • Temubual Tidak Berstruktur

Dalam konteks temubual ini, penemuduga perlu mengumpulkan beberapa soalan untuk ditanya kepada pihak yang terlibat. Apabila kamu mengadakan temubual, perlu diingatkan beberapa asas penting iaitu :

  • Secara umumnya, pastikan kamu memiliki bilik yang sunyi dan sesuai untuk menjalani temubual.
  • Uji semua peralatan rakaman sebelum memulakan sesi temubual dan perlu memiliki bateri simpanan jika berlakunya kecemasan.
  • Terangkan apakah bentuk temubual yang dikehendaki dan cuba pastikan bahawa semasa proses temubual itu ia berlaku secara tenang.
  • Hendaklah mengetahui apa persoalan yang ingin diajukan iaitu bagaimana struktur soalan yang akan ditanya.
  • Untuk mengelakkan bias, jangan bertanya soalan yang sudah pasti.

6. Menggunakan Peralatan Audio Visual

Fotografi, rakaman audio dan video boleh digunakan untuk mengutip fakta-fakta apabila proses pengumpulan data dilakukan.


3) Teknik Penganalisisan Data

Setelah data-data dikumpul, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah anda perlulah menganalisis data-data tersebut. Tujuan menganalisis data ialah membantu untuk mendalami data dan hasil dapatan kajian secara dekat dan jelas. Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan data sama ada dengan menggunakan graf, carta pai, jadual dan sebagainya.

Freeman (1998 :26) menjelaskan proses kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan, kerana seorang penyelidik anda berasa anda telah ketahui, tetapi dalam melaksanakan siasatan, anda menolak diri anda sendiri untuk memeriksa rasa kepastian, menyingkap, meneliti, mempersoalkan, bukan kerana anda adalah tersilap tetapi untuk mencari apa itu kebenaran dan mengapa. Untuk melakukan ini, Freeman percaya tidak mengutip dan mengumpul semula data adalah merupakan satu proses yang amat penting yang mana kedua-duanya itu menawan dan mencabar. Dia mengenal pasti bahawa terdapat empat aktiviti yang perlu dilakukan untuk mernganalisis :
  • Menamakan
  • Mengumpulkan
  • Menghubungkaitkan
  • Menunjukkan data

Blaxter mengatakan : Saya berniat untuk mempertimbangkan aktiviti-aktiviti ini bagi menerangkan bagaimana untuk melakukan satu analisis berkesan projek-projek kajian secara kecil-kecilan. Semua penyelidik perlu untuk mempertimbangkan kepentingan, kesimpulan umum, kebolehpercayaan dan kesahan (Blaxter et al., 2001 : 221). Saya juga akan berusaha untuk menerangkan syarat-syarat ini dan membincangkan sejauh mana mereka menggunakan contoh-contoh khusus kajian tindakan.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Etika kajian merupakan satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam kajian tindakan. Tujuan etika kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi panduan umum dan pendedahan awal kepada peserta tentang sesuatu projek kajian iaitu menjelaskan tujuan penyelidikan tersebut. Etika kajian yang perlu diberi penekanan dalam kajian tindakan ialah :

  • Jika temubual yang dilakukan oleh penyelidik itu melibatkan kanak-kanak dalam kajian tindakan mereka, maka ibu bapa perlulah memberi keizinan kepada penyelidik untuk menemubual anak mereka.
  • Kajian itu hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang mengambil bahagian seperti pengetua untuk didedahkan kepada masyarakat umum.
  • Apabila kajian itu hendak diterbitkan, perlulah mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian berkenaan .
  • Apabila kita menggunakan alat pengumpulan data seperti rakaman video hak milik sekolah, maka perlulah kita meminta kebenaran dari pihak sekolah dan memaklumkan kepada mereka tentang penggunaan alat tersebut untuk tujuan kajian tindakan.
  • Apabila sesuatu kajian yang dilakukan tersebut sudah siap dan ingin diterbitkan hasil daripada guru-guru yang terlibat dalam melakukan kajian tindakan, perlulah dibuat atas nama mereka sendiri.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ialah takat ketekalan yang mana satu ujian atau prosedur menghasilkan keputusan yang sama. Dalam kata lain, mengumpulkan kaedah data yang ingin digunakan mestilah ada kebolehpercayaan yang mana keputusan yang diberikan mestilah sama dan tidak berubah untuk hari ini, semalam mahupun esok. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian atau menjadikan apa yang perlu saya tahu sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan itu.

Kesahan

Kesahan adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan kerana kesahan ini memberitahu kita sama ada kaedah pengumpulan data sebenarnya untuk mengukur apa yang seharusnya diukur atau mengumpul maklumat yang sudah ada tujuannya. Sebagai contohnya sebagai penyelidik mungkin bertanya soalan yang boleh dipercayai tetapi soalan-soalan tersebut tidak sah berkaitan dengan jenis maklumat yang ingin dicari. Contohnya : Ukuran saiz topi seseorang ditentukan dengan kepandaian. Di sini kita hendaklah mengukur saiz topi itu berdasarkan ukuran yang tetap dengan menggunakan alat mengukur yang boleh dipercayai dan akhirnya dengan keputusan kebolehpercayaan dikaitkan dengan saiz topi, tetapi pengukuran itu tidak sah kerana saiz topi tidak ada kaitan dengan aspek yang diukur iaitu kepandaian.


PENILAIAN TERHADAP BUKU YANG DIKAJI

Buku ini mengandungi enam topik utama yang menceritakan tentang kajian tindakan iaitu bab pertama tentang pengenalan kajian tindakan, bab kedua bagaimana cara membuat kajian kepustakaan dan tinjauan, bab ketiga tentang pengumpulan data, bab keempat tentang penganalisisan data, bab kelima tentang menulis laporan manakala bab yang keenam pula menceritakan tentang faedah yang dapat daripada melakukan kajian tindakan. Dalam membuat ulasan buku yang dikehendaki oleh Dr. Siti Fatimah Abdullah ini, saya hanya membuat ulasan daripada bab pertama,bab ketiga dan bab keempat sahaja.

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kerana ia mengandungi teknik pengumpulan data dan penganalisisan data yang lengkap serta cara bagaimana untuk melakukan kajian kepustakaan dan tinjauan. Selain itu, buku ini juga mempunyai cara menulis laporan yang betul yang mana telah diberikan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan guru atau pembantu guru untuk melakukan kajian tindakan dan buku ini mempunyai ayat atau frasa kata yang mudah difahami walaupun saya tidak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris.. Manakala kelemahan buku ini ia tidak mengandungi maklumat yang lengkap berkenaan dengan prosedur kajian tindakan. Ia hanya menyebut secara tidak langsung sahaja. Walaupun buku ini tidak berapa lengkap tetapi buku ini boleh dijadikan rujukan untuk para guru atau pembantu guru bagi melaksanakan kajian tindakan pada bila-bila masa. Melalui kajian tindakan ini kita dapat menambahkan pengetahuan yang baru berkenaan dengan kajian yang hendak dilakukan dan dapat memperbaiki serta menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan kepada pelajar supaya menjadi lebih sistematik dan teratur .




RUJUKAN

Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser. 2006. Doing Action Research A Guide for School Support Staff. London : SAGE Publications.

David Hopkins. 2002. A Teacher’s Guide to Classroom Research. Maidenhead, Philadelphia : Open University Press.