CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 24 Mei 2009

TUGASAN 1( ULASAN BUKU )

Judul Buku : Doing Action Research A Guide for School Support Staff
Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser
Tahun Terbitan : 2006
Penerbit : SAGE Publications

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan tajuk buku di atas, apa yang saya faham setelah membaca buku kajian tindakan ini ialah kajian tindakan merupakan satu kuasa atau pendekatan untuk mengubah dan menambahbaik mutu pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah satu bentuk kajian yang praktik, mempunyai kitaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah atau di sekolah. Kajian tindakan merupakan kajian yang bersifat kualitatif yang mengkaji tentang tingkah laku pelajar, memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran , meningkatkan kualiti pendidikan di dalam bilik darjah serta meningkatkan kefahaman amalan kendiri dalam suatu situasi sosial supaya bertambah baik.

Penyelidik tindakan merupakan seorang yang profesional di mana mereka ini menggunakan kaedah kajian tindakan sebagai tujuan mengkaji dan mengubah latihan profesional mereka sendiri. Fokus utama dalam melakukan kajian tindakan ialah mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam kelas supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas yang positif. Untuk mengubah tingkah laku pelajar, sikap dan nilai mereka, seseorang pelajar perlu aktif di dalam kelas. Guru perlu memupuk sifat keberanian dalam diri pelajar supaya berani mencuba sesuatu yang baru.



MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Guru merupakan seorang tenaga pengajar yang diberikan amanah oleh Allah untuk mengajar dan mendidik anak-anak di negara kita menjadi insan yang berguna dan prihatin terhadap negara, agama dan bangsa. Guru diamanahkan menjadi ibu bapa kepada anak-anak tersebut apabila berada di kawasan sekolah, perlu membentuk disiplin kepada pelajar supaya pandai melaksanakan kerja dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Oleh itu antara sebab mengapa guru perlu melaksanakan kajian tindakan ialah :

1) Untuk mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana di dalam bilik darjah.

2) Untuk memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas positif daripada pelajar-pelajar.

3) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki kelemahan amalan kendiri.

4) Untuk meningkatkan akademik pelajar di dalam bilik darjah.



REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model : Model Kitaran Kajian Tindakan Lewin
Buku ini menerangkan tentang model yang digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ialah kitaran yang dibangunkan oleh Lewin (1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang digunakan oleh Lewin ialah :
  • Merancang
  • Bertindak
  • Memerhati
  • Merefklesi



Kitaran Kajian Tindakan Lewin


1) Merancang

Sebelum merancang sesuatu langkah penambahbaikan, langkah yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti isu utama yang menjadi fokus utama kajian. Mengenal pasti isu utama adalah untuk penambahbaikan ruang lingkup di mana mereka boleh memberi kesan perubahan dan mereka rasa bermotivasi untuk melakukan kajian.

2) Bertindak, Memerhati dan Merefleksi

Langkah ini digunakan untuk melihat bagaimana keseluruhan kitaran kajian tindakan boleh dijalankan secara praktis. Apabila fokus kajian telah dibuat, langkah seterusnya ialah untuk memilih apakah jenis tindakan yang akan dimulakan dan bagaimana untuk mengutip data berkaitan dengan tindakan ini. Contoh kaedah pengumpulan data ialah pemerhatian, temubual, rakaman video dan analisis dokumen. Prinsip utama dalam memilih alat pengumpulan data ialah semuanya mesti sesuai dengan tujuan yang dikehendaki dalam kajian ini.


Sampel / Participants
Buku ini tidak menyatakan sampel dalam buku kajian yang telah saya kaji ini. Tetapi apa yang saya faham sampel kajian mestilah melibatkan pelajar dan kanak-kanak . Dalam buku yang bertajuk “ A Teacher’s Guide to Classroom Research” karangan David Hopkins ada menyatakan bahawa sampel yang terdapat dalam buku ini ialah ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Setting Kajian
Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada tempat yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.


PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedurnya untuk melaksanakan kajian tindakan ialah :

  • Mengenal pasti isu dan masalah yang hendak dikaji.
  • Merancang tindakan
  • Perlaksanaaan Langkah Tindakan
  • Meninjau dan mengumpul data kajian tindakan
  • Menganalisis data
  • Merefleksi

PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA

1) Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang biasa digunakan dalam melakukan kajian tindakan ialah pemerhatian, borang soal selidik, temubual, dan rakaman video dan audio.


2) Teknik Pengumpulan Data

Setelah membuat keputusan tentang fokus kajian, peringkat seterusnya yang perlu diketahui ialah mempertimbangkan apakah data dan maklumat yang diperlukan. Dalam kajian tindakan, maklumat akan dikumpul ketika kitaran kajian tindakan semasa kajian tindakan dijalankan. Maklumat ini akan dianalisa dan keputusannya digunakan untuk memastikan peringkat tindakan yang seterusnya. Dalam kajian ini, kita hendaklah menggunakan dua atau tiga teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Contohnya borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan kumpulan sasaran. Selain itu, kita juga digalakkan menggunakan rakaman video/ DVD dan rakaman audio. Antara teknik pengumpulan data yang biasa digunakan ialah :


1. Pemerhatian

Pemerhatian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Ia merupakan satu kombinasi yang kompleks iaitu melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan dan bau. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat.

2. Diari, Jurnal dan catatan lapangan

Kajian diari yang juga dikenali jurnal atau catatan lapangan boleh digunakan untuk merakam pemerhatian yang dilaksanakan bagi mendapatkan data dan merupakan tujuan utama dalam proses kajian, peristiwa penting atau perasaan anda tentang projek kajian itu dan arahan yang telah diambil. Sebarang catatan diari boleh dibuat berpandukan kepada beberapa tahap :

  • Data yang belum diproses melalui pemerhatian yang dilakukan oleh individu, persekitaran, perbualan mereka yang dicatat dengan tarikh, masa dan sebagainya. Nota-nota ini akan dibuat di tempat yang lapang sebagai peristiwa-peristiwa yang berlaku.
  • Refleksi dan mengimbas kembali - berkembang nota-nota yang dilakukan selepas peristiwa, apabila anda dapat menambah informasi penting lain yang sedang difikirkan.
  • Tema dan wawasan - perjalanan rekod analisis dan tafsiran.
  • Pengalaman data – sebuah buku atau jurnal tentang bagaimana perasaan anda terhadap proses kajian atau peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.

3. Sumber-Sumber Dokumentari

Bell (1999 :106) menyatakan bahawa kebanyakan projek-projek pendidikan akan memerlukan analisis keterangan dokumentari. Jenis keterangan paling biasa diperlukan untuk projek kajian tindakan berpusatkan sekolah adalah sebahagian besarnya bertulis sebagai sumber-sumber bercetak. Contohnya, ini termasukla rekod-rekod murid, kerja yang dilakukan daripada buku kanak-kanak atau dokumentasi sekolah seperti minit-minit mesyuarat, polisi, daftar kehadiran, prospektus dan sebagainya. Bagaimanapun, seperkara lagi ia mungkin sesuai untuk anda bagi mengumpul bukti yang berbentuk tidak perlu menulis, seperti murid-murid melukis, menjadi model atau bergambar berkaitan dengan mempamerkan atau kerja projek. Keterangan seumpama ini boleh memberi maklumat yang penting untuk kerja anda atau mungkin membuktikan mampu menjadikan sumber data dalam diri mereka.

4. Borang Soal Selidik

Amnya, soal selidik mengandungi satu set soalan yang ditanya kepada seseorang untuk menjawab persoalan tersebut. Ia merupakan salah satu teknik pengumpulan yang sangat popular dan biasanya mudah untuk direka dan disampaikan.

5. Temubual

Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang penting dan sesuai berbanding soal selidik kerana ia memberi peluang kepada penyelidik untuk memperolehi maklumat kajian secara teliti dan mendalam. Kebiasaannya, dalam kajian ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian malah penyelidik perlu bersemuka iaitu secara terus menerus dengan peserta untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki secara langsung. Sama seperti pemerhatian, Temubual juga terdiri daripada dua jenis iaitu :

  • Temubual Berstruktur
  • Temubual Tidak Berstruktur

Dalam konteks temubual ini, penemuduga perlu mengumpulkan beberapa soalan untuk ditanya kepada pihak yang terlibat. Apabila kamu mengadakan temubual, perlu diingatkan beberapa asas penting iaitu :

  • Secara umumnya, pastikan kamu memiliki bilik yang sunyi dan sesuai untuk menjalani temubual.
  • Uji semua peralatan rakaman sebelum memulakan sesi temubual dan perlu memiliki bateri simpanan jika berlakunya kecemasan.
  • Terangkan apakah bentuk temubual yang dikehendaki dan cuba pastikan bahawa semasa proses temubual itu ia berlaku secara tenang.
  • Hendaklah mengetahui apa persoalan yang ingin diajukan iaitu bagaimana struktur soalan yang akan ditanya.
  • Untuk mengelakkan bias, jangan bertanya soalan yang sudah pasti.

6. Menggunakan Peralatan Audio Visual

Fotografi, rakaman audio dan video boleh digunakan untuk mengutip fakta-fakta apabila proses pengumpulan data dilakukan.


3) Teknik Penganalisisan Data

Setelah data-data dikumpul, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah anda perlulah menganalisis data-data tersebut. Tujuan menganalisis data ialah membantu untuk mendalami data dan hasil dapatan kajian secara dekat dan jelas. Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan data sama ada dengan menggunakan graf, carta pai, jadual dan sebagainya.

Freeman (1998 :26) menjelaskan proses kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan, kerana seorang penyelidik anda berasa anda telah ketahui, tetapi dalam melaksanakan siasatan, anda menolak diri anda sendiri untuk memeriksa rasa kepastian, menyingkap, meneliti, mempersoalkan, bukan kerana anda adalah tersilap tetapi untuk mencari apa itu kebenaran dan mengapa. Untuk melakukan ini, Freeman percaya tidak mengutip dan mengumpul semula data adalah merupakan satu proses yang amat penting yang mana kedua-duanya itu menawan dan mencabar. Dia mengenal pasti bahawa terdapat empat aktiviti yang perlu dilakukan untuk mernganalisis :
  • Menamakan
  • Mengumpulkan
  • Menghubungkaitkan
  • Menunjukkan data

Blaxter mengatakan : Saya berniat untuk mempertimbangkan aktiviti-aktiviti ini bagi menerangkan bagaimana untuk melakukan satu analisis berkesan projek-projek kajian secara kecil-kecilan. Semua penyelidik perlu untuk mempertimbangkan kepentingan, kesimpulan umum, kebolehpercayaan dan kesahan (Blaxter et al., 2001 : 221). Saya juga akan berusaha untuk menerangkan syarat-syarat ini dan membincangkan sejauh mana mereka menggunakan contoh-contoh khusus kajian tindakan.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Etika kajian merupakan satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam kajian tindakan. Tujuan etika kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi panduan umum dan pendedahan awal kepada peserta tentang sesuatu projek kajian iaitu menjelaskan tujuan penyelidikan tersebut. Etika kajian yang perlu diberi penekanan dalam kajian tindakan ialah :

  • Jika temubual yang dilakukan oleh penyelidik itu melibatkan kanak-kanak dalam kajian tindakan mereka, maka ibu bapa perlulah memberi keizinan kepada penyelidik untuk menemubual anak mereka.
  • Kajian itu hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang mengambil bahagian seperti pengetua untuk didedahkan kepada masyarakat umum.
  • Apabila kajian itu hendak diterbitkan, perlulah mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian berkenaan .
  • Apabila kita menggunakan alat pengumpulan data seperti rakaman video hak milik sekolah, maka perlulah kita meminta kebenaran dari pihak sekolah dan memaklumkan kepada mereka tentang penggunaan alat tersebut untuk tujuan kajian tindakan.
  • Apabila sesuatu kajian yang dilakukan tersebut sudah siap dan ingin diterbitkan hasil daripada guru-guru yang terlibat dalam melakukan kajian tindakan, perlulah dibuat atas nama mereka sendiri.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ialah takat ketekalan yang mana satu ujian atau prosedur menghasilkan keputusan yang sama. Dalam kata lain, mengumpulkan kaedah data yang ingin digunakan mestilah ada kebolehpercayaan yang mana keputusan yang diberikan mestilah sama dan tidak berubah untuk hari ini, semalam mahupun esok. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian atau menjadikan apa yang perlu saya tahu sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan itu.

Kesahan

Kesahan adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan kerana kesahan ini memberitahu kita sama ada kaedah pengumpulan data sebenarnya untuk mengukur apa yang seharusnya diukur atau mengumpul maklumat yang sudah ada tujuannya. Sebagai contohnya sebagai penyelidik mungkin bertanya soalan yang boleh dipercayai tetapi soalan-soalan tersebut tidak sah berkaitan dengan jenis maklumat yang ingin dicari. Contohnya : Ukuran saiz topi seseorang ditentukan dengan kepandaian. Di sini kita hendaklah mengukur saiz topi itu berdasarkan ukuran yang tetap dengan menggunakan alat mengukur yang boleh dipercayai dan akhirnya dengan keputusan kebolehpercayaan dikaitkan dengan saiz topi, tetapi pengukuran itu tidak sah kerana saiz topi tidak ada kaitan dengan aspek yang diukur iaitu kepandaian.


PENILAIAN TERHADAP BUKU YANG DIKAJI

Buku ini mengandungi enam topik utama yang menceritakan tentang kajian tindakan iaitu bab pertama tentang pengenalan kajian tindakan, bab kedua bagaimana cara membuat kajian kepustakaan dan tinjauan, bab ketiga tentang pengumpulan data, bab keempat tentang penganalisisan data, bab kelima tentang menulis laporan manakala bab yang keenam pula menceritakan tentang faedah yang dapat daripada melakukan kajian tindakan. Dalam membuat ulasan buku yang dikehendaki oleh Dr. Siti Fatimah Abdullah ini, saya hanya membuat ulasan daripada bab pertama,bab ketiga dan bab keempat sahaja.

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kerana ia mengandungi teknik pengumpulan data dan penganalisisan data yang lengkap serta cara bagaimana untuk melakukan kajian kepustakaan dan tinjauan. Selain itu, buku ini juga mempunyai cara menulis laporan yang betul yang mana telah diberikan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan guru atau pembantu guru untuk melakukan kajian tindakan dan buku ini mempunyai ayat atau frasa kata yang mudah difahami walaupun saya tidak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris.. Manakala kelemahan buku ini ia tidak mengandungi maklumat yang lengkap berkenaan dengan prosedur kajian tindakan. Ia hanya menyebut secara tidak langsung sahaja. Walaupun buku ini tidak berapa lengkap tetapi buku ini boleh dijadikan rujukan untuk para guru atau pembantu guru bagi melaksanakan kajian tindakan pada bila-bila masa. Melalui kajian tindakan ini kita dapat menambahkan pengetahuan yang baru berkenaan dengan kajian yang hendak dilakukan dan dapat memperbaiki serta menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan kepada pelajar supaya menjadi lebih sistematik dan teratur .




RUJUKAN

Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser. 2006. Doing Action Research A Guide for School Support Staff. London : SAGE Publications.

David Hopkins. 2002. A Teacher’s Guide to Classroom Research. Maidenhead, Philadelphia : Open University Press.


0 ulasan: