CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 26 Mei 2009

TUGASAN 2 ( ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN)


LAKUKAN PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, PENSINTESISAN DRAI SEGI SAMPEL, SETTING KAJIAN, PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS ARTIKEL.


ARTIKEL

Artikel 1

Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.
Pengarang : C. Dianne Raubenheimer dan Jennifer L.Myka
Tahun : 2005

Artikel 2

Tajuk : Research into Practise : Application of Participatory Action Research to Family School
Intervation.
Pengarang : Bonnis S.Ho
Tahun : 2002

Artikel 3

Tajuk : The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perceptions of
Action Research.
Pengarang : Deborah Sardo -Brown



PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN )


Persamaan

  • Ketiga-tiga artikel ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui pemerhatian. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat

Perbezaan

  • Kajian daripada ketiga-tiga artikel dapat dinyatakan bahawa artikel 1 dan artikel 3 merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara individu manakala artikel yang kedua pula merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara kolaboratif.

  • Setting kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik berdasarkan kepada artikel-artikel yang di atas dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah. Bagi artikel yang pertama ia dilakukan di makmal zoology yang bertempat di kolej.


SAMPEL


Artikel 1 : Pelajar-Pelajar.
Artikel 2 : Pelajar
Artikel 3 : Guru kelas ( 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki).

Huraian

Sampel kajian yang digunakan dalam ketiga-tiga artikel ini adalah terdiri daripada guru dan pelajar.



SETTING KAJIAN


Artikel 1 : Makmal Zoologi (kolej)
Artikel 2 : Sekolah
Artikel 3 : Sekolah ( 2 di sekolah rendah, 2 di sekolah menengah dan 2 di
sekolah tinggi)
bilik darjah

Huraian

Setting kajian yang dinyatakan dalam artikel pertama dilaksanakan di sebuah kolej yang mengunakan makmal sains untuk proses pembelajaran. Manakala artikel kedua dan ketiga lebih difokuskan kepada tempat yang lebih khusus seperti sekolah dan bilik darjah. Dalam ketiga-tiga setting kajian ini, artikel ketiga merupakan setting kajian yang memuaskan kerana dalam artikel ini ada dinyatakan jumlah sekolah yang terlibat dalam melakukan kajian tersebut.


PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


Artikel 1

  • Analisis masalah iaitu Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji
  • Merancang campur tangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
  • Perlaksanaan Tindakan
  • Pemerhatian
  • Menilai dan Merefleksi.


Artikel 2

  • Membentuk kerjasama dengan persatuan sekolah iaitu mengenalpasti ahli-ahli di sekolah dalam semua peringkat
  • Mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
  • Mengumpul data dan menganalisis
  • Membentuk data sintesis dan menjana idea serta cadangan
  • Mencipta data melalui tindakan
  • Penilaian


Artikel 3

  • Merancang bagaimana mengawal perubahan di dalam bilik darjah
  • Membina insentif
  • Melaksanakan satu kajian perintis
  • Analisis data

Huraian

Prosedur kajian bagi artikel pertama diterangkan secara jelas tentang langkah-langkah perlaksanaan kajian tindakan iaitu penyelidik melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran pelajar di kolej tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk mempertingkatkan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej tersebut. Kitaran pertama yang digunakan dalam jurnal ini melibatkan lima langkah pada permulaannya iaitu Mengenal pasti masalah, Merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi tetapi masuk pada kitaran yang kedua dan ketiga, hanya melibatkan 4 langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini berlaku secara berterusan.

Manakala jika dilihat kepada artikel yang kedua ia merupakan prosedur kajian tindakan yang dilakukan untuk mengetahui proses penyertaan kajian tindakan bagi kerjasama keluarga dan ibubapa. Artikel yang ketiga merupakan prosedur kajian yang simple dilaksanakan untuk menguji peningkatan pelajar dalam kemahiran bacaan lisan.




PENGUMPULAN DATA


Artikel 1 : Catatan Lapangan, Pemerhatian.
Artikel 2 : Pemerhatian, penyoalan terbuka, skala likert
Artikel 3 : Soal selidik, soal selidik terbuka, Ujian Skala Likert, Pemerhatian.

Huraian

Persamaan ketiga-tiga artikel ini ialah menggunakan kaedah pemerhatian dalam teknik pengumpulan data. Semua kaedah pengumpulan data yang dinyatakan ini tidak disertakan penerangan yang terperinci dan hanya menyebut sahaja bagaimana data ini dikumpul.



PENGANALISISAN DATA


Artikel 1 :Menganalis data melalui pemerhatian.
Artikel 2 : Menunjukkan perbezaan penting melalui cara tafsiran dalam bentuk jadual supaya dapat difahami.
Artikel 3 :Kualitatif dan Kuantitatif untuk menjawab soalan kajian tindakan.

Huraian

Pemerhatian dibuat tiga kali secara berterusan yang melibatkan tiga kitaran. Berdasarkan kajian dalam artikel ini, analisis data yang digunakan ialah kaedah Taxonomy Bloom’s dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Bahagian artikel kedua pula, analisis data dibuat berdasarkan kepada pembentukan jadual bagi memudahkan data itu dapat difahami iaitu kiraan dalam bentuk peratus 33% komunikasi, 30% cara menolong anak mereka dalam pencapaian akademik, ulangkaji dan sebagainya, 20% menyatakan kepuasan hati terhadap sekolah guru dan 17% pertimbangan yang istimewa atau kemudahan dan program yang boleh membantu ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Manakala artikel ketiga lebih kepada penganalisisan data mengggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.



RUMUSAN KAJIAN


Artikel 1

Artikel ini lebih membincangkan kepada memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai “Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan”. Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan tiga kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk menambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.


Artikel 2

Kajian ini melibatkan kerjasama antara keluarga dan sekolah untuk merapatkan hubungan yang teguh antara penglibatan ibu bapa dan memperbaiki hasil pendidikan untuk pelajar supaya menjadi lebih teratur dan berkesan. Penyertaan kajian tindakan ialah proses di mana penyelidik beroperasi sebagai rakan kerjasama sepenuh masa dengan ahli-ahli persatuan untuk memautkan teori dan kajian supaya latihan dapat diterima dan berkesan. Sekolah diberi tanggungjawab menggunakan pendekatan ini untuk memberi perhatian bagi membangun pergabungan peringkat sistem bagi kebanyakan masalah tertentu seperti pengkongsian keluarga-sekolah dengan tidak beruntung dari segi ekonomi dan mempunyai keluarga-keluarga yang pelbagai dari segi budaya dan linguistik. Artikel ini mempunyai proses kajian yang tersendiri untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah pelajar ke arah membentuk kepimpinan pelajar.


Artikel 3

Artikel ini menceritakan tentang usaha-usaha enam orang guru kelas dan persepsi mereka dalam melakukan kajian tindakan. Mereka ingin mengkaji berkenaan dengan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Faedah yang boleh didapati setelah melakukan kajian tindakan ini ialah untuk mencari kaedah pengajaran yang baru yang boleh dicadangkan dalam kajian tinjauan dan untuk meningkatkan professional. Selain itu, ia adalah untuk memperbaiki komunikasi dengan pelajar-pelajar dan untuk mendapatkan perspektif peribadi tentang kesan-kesan kaedah pengajaran dipelajari di universiti. Ini merupakan faedah yang besar untuk menjadi seorang guru di dalam sebuah sekolah daripada tahap sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi dapatan kajian tindakan mereka dengan yang lain.



HASIL KESELURUHAN


Setelah saya membaca ketiga-tiga artikel, di sini dapatlah saya rumuskan bahawa kesemua artikel ini lebih kepada kajian tindakan dalam pendidikan. Sampel yang digunakan dalam kajian ini lebih kepada pelajar dan guru sebagai responden malah setting kajian juga lebih berfokus kepada sekolah sebagai tempat kajian yang sesuai dijalankan apabila melaksanakan kajian tindakan. Apabila dikaji ketiga-tiga artikel ini, saya dapati artikel yang pertama merupakan artikel yang terbaik kerana dalam artikel ini ia banyak menggunakan proses kitaran kajian tindakan berterusan yang melibatkan tiga kitaran untuk mengkaji keberkesanan penggunaaan makmal di kalangan pelajar. Dari segi pengumpulan data pula, dapat dinyatakan bahawa ketiga-tiga artikel ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melakukan kajian tindakan. Jika dilihat dari sudut penganalisisan data pula, ia tidak menunjukkan teknik penganalisisan data secara jelas dan terperinci.


0 ulasan: