Kami diminta mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4 dan menjawab soalan-soalan yang berikut:
Nama
No. Matrik
Program
Status Diri
Alamat
Kenapa anda menjadi guru?
Siapa dia guru yang paling ada suka dan berikan sebab?
Siapa dia guru yang paling anda benci serta berikan sebab?
Apakah Tugas guru?
Lukis gambar pokok dan selepas diminta untuk tandatangan serta menulis tarikh kelahiran.
Setelah 15 minit menjawab soalan yang telah diberikan, kami perlu menghantar kertas tersebut kepada Hjh. Halimah.
Aktiviti 2
Kami diminta bekerja secara berpasangan untuk membincangkan satu topik yang berkaitan dengan kajian tindakan semasa Seminar Pendidikan Serantau yang lalu. Kemudian beberapa kumpulan dipanggil untuk membentangkan di hadapan rakan-rakan yang lain berdasarkan point yang dikehendaki di bawah ini.
Kenapa
Apa
Bagaimana
Prosedur
TAJUK : PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA. SESI SELARI : SESI SELARI 2C (PETANG) TEMPAT : SRI MENANTI PEMBENTANG : DR. JAMALUDDIN BADUSAH PENGERUSI : DR. MOHD ARIF ISMAIL
Kenapa?
Kajian ini dibuat kerana ingin mengakji sejauh mana kesediaan dan pola penggunaan pelajar untuk menggunakan telefon bimbit bagi tujuan Pembelajaran (M-Learning).
Apa ?
Secara keseluruhannya, ramai pelajar memiliki telefon bimbit. Penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran belum lagi dicapai tetapi pelajar lebih gemar menggunakan kemudahan telefon bimbit seperti call register, ringtone, radio, MMS dan sebagainya. Mereka kurang menggunakan telefon bimbit ini untuk melayari internet, email atau belajar secara M-Learning.
Bagaimana?
Seramai 1460 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dijadikan responden yang dipilih secara rawak. Mereka telah diedarkan borang soal selidik bagi melihat kesediaan dan pola penggunaan pelajar IPTS menggunakan telefon bimbit bagi tujuan pembelajaran. Tetapi hasil yang didapati bahawa pelajar belum menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran.
Prosedur Kajian
Untuk mengenal pasti sama ada pelajar IPTS menggunakan telefon bimbit untuk tujuan M-Learning. Pemerhatian penyelidik terhadap penggunaan telefon bimbit adalah melalui borang soal selidik.
Aktiviti 3
Kami diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli untuk membuat satu proposal dan perlu dihantar proposal tersebut pada hari Khamis 28/5/09. Ahli-ahli kumpulan ialah :
Najwa Hayatee (Bio)
Norfaizah (Bio)
Halina (PI)
Norbasirah (PI)
Nor Afsah (PI)
Kemudian kami dikehendaki memikirkan satu tajuk kajian tindakan yang bersesuaian bagi proposal kami.
Tajuk yang dipilih : Meningkatkan Penguasaan Penghafalan Dhomir Dalam Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Darjah 2.
LAKUKAN PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, PENSINTESISAN DRAI SEGI SAMPEL, SETTING KAJIAN, PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS ARTIKEL.
ARTIKEL
Artikel 1
Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College. Pengarang : C. Dianne Raubenheimer dan Jennifer L.Myka Tahun : 2005
Artikel 2
Tajuk : Research into Practise : Application of Participatory Action Research to Family School Intervation. Pengarang : Bonnis S.Ho Tahun : 2002
Artikel 3
Tajuk : The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perceptions of Action Research. Pengarang : Deborah Sardo -Brown
PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN )
Persamaan
Ketiga-tiga artikel ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui pemerhatian. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat
Perbezaan
Kajian daripada ketiga-tiga artikel dapat dinyatakan bahawa artikel 1 dan artikel 3 merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara individu manakala artikel yang kedua pula merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara kolaboratif.
Setting kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik berdasarkan kepada artikel-artikel yang di atas dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah. Bagi artikel yang pertama ia dilakukan di makmal zoology yang bertempat di kolej.
SAMPEL
Artikel 1 : Pelajar-Pelajar. Artikel 2 : Pelajar Artikel 3 : Guru kelas ( 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki).
Huraian
Sampel kajian yang digunakan dalam ketiga-tiga artikel ini adalah terdiri daripada guru dan pelajar.
SETTING KAJIAN
Artikel 1 : Makmal Zoologi (kolej) Artikel 2 : Sekolah Artikel 3 : Sekolah ( 2 di sekolah rendah, 2 di sekolah menengah dan 2 di sekolah tinggi) bilik darjah
Huraian
Setting kajian yang dinyatakan dalam artikel pertama dilaksanakan di sebuah kolej yang mengunakan makmal sains untuk proses pembelajaran. Manakala artikel kedua dan ketiga lebih difokuskan kepada tempat yang lebih khusus seperti sekolah dan bilik darjah. Dalam ketiga-tiga setting kajian ini, artikel ketiga merupakan setting kajian yang memuaskan kerana dalam artikel ini ada dinyatakan jumlah sekolah yang terlibat dalam melakukan kajian tersebut.
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Artikel 1
Analisis masalah iaitu Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji
Merancang campur tangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
Perlaksanaan Tindakan
Pemerhatian
Menilai dan Merefleksi.
Artikel 2
Membentuk kerjasama dengan persatuan sekolah iaitu mengenalpasti ahli-ahli di sekolah dalam semua peringkat
Mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
Mengumpul data dan menganalisis
Membentuk data sintesis dan menjana idea serta cadangan
Mencipta data melalui tindakan
Penilaian
Artikel 3
Merancang bagaimana mengawal perubahan di dalam bilik darjah
Membina insentif
Melaksanakan satu kajian perintis
Analisis data
Huraian
Prosedur kajian bagi artikel pertama diterangkan secara jelas tentang langkah-langkah perlaksanaan kajian tindakan iaitu penyelidik melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran pelajar di kolej tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk mempertingkatkan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej tersebut. Kitaran pertama yang digunakan dalam jurnal ini melibatkan lima langkah pada permulaannya iaitu Mengenal pasti masalah, Merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi tetapi masuk pada kitaran yang kedua dan ketiga, hanya melibatkan 4 langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini berlaku secara berterusan.
Manakala jika dilihat kepada artikel yang kedua ia merupakan prosedur kajian tindakan yang dilakukan untuk mengetahui proses penyertaan kajian tindakan bagi kerjasama keluarga dan ibubapa. Artikel yang ketiga merupakan prosedur kajian yang simple dilaksanakan untuk menguji peningkatan pelajar dalam kemahiran bacaan lisan.
Persamaan ketiga-tiga artikel ini ialah menggunakan kaedah pemerhatian dalam teknik pengumpulan data. Semua kaedah pengumpulan data yang dinyatakan ini tidak disertakan penerangan yang terperinci dan hanya menyebut sahaja bagaimana data ini dikumpul.
PENGANALISISAN DATA
Artikel 1 :Menganalis data melalui pemerhatian. Artikel 2 : Menunjukkan perbezaan penting melalui cara tafsiran dalam bentuk jadual supaya dapat difahami. Artikel 3 :Kualitatif dan Kuantitatif untuk menjawab soalan kajian tindakan.
Huraian
Pemerhatian dibuat tiga kali secara berterusan yang melibatkan tiga kitaran. Berdasarkan kajian dalam artikel ini, analisis data yang digunakan ialah kaedah Taxonomy Bloom’s dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Bahagian artikel kedua pula, analisis data dibuat berdasarkan kepada pembentukan jadual bagi memudahkan data itu dapat difahami iaitu kiraan dalam bentuk peratus 33% komunikasi, 30% cara menolong anak mereka dalam pencapaian akademik, ulangkaji dan sebagainya, 20% menyatakan kepuasan hati terhadap sekolah guru dan 17% pertimbangan yang istimewa atau kemudahan dan program yang boleh membantu ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Manakala artikel ketiga lebih kepada penganalisisan data mengggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
RUMUSAN KAJIAN
Artikel 1
Artikel ini lebih membincangkan kepada memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai “Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan”. Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan tiga kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk menambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.
Artikel 2
Kajian ini melibatkan kerjasama antara keluarga dan sekolah untuk merapatkan hubungan yang teguh antara penglibatan ibu bapa dan memperbaiki hasil pendidikan untuk pelajar supaya menjadi lebih teratur dan berkesan. Penyertaan kajian tindakan ialah proses di mana penyelidik beroperasi sebagai rakan kerjasama sepenuh masa dengan ahli-ahli persatuan untuk memautkan teori dan kajian supaya latihan dapat diterima dan berkesan. Sekolah diberi tanggungjawab menggunakan pendekatan ini untuk memberi perhatian bagi membangun pergabungan peringkat sistem bagi kebanyakan masalah tertentu seperti pengkongsian keluarga-sekolah dengan tidak beruntung dari segi ekonomi dan mempunyai keluarga-keluarga yang pelbagai dari segi budaya dan linguistik. Artikel ini mempunyai proses kajian yang tersendiri untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah pelajar ke arah membentuk kepimpinan pelajar.
Artikel 3
Artikel ini menceritakan tentang usaha-usaha enam orang guru kelas dan persepsi mereka dalam melakukan kajian tindakan. Mereka ingin mengkaji berkenaan dengan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Faedah yang boleh didapati setelah melakukan kajian tindakan ini ialah untuk mencari kaedah pengajaran yang baru yang boleh dicadangkan dalam kajian tinjauan dan untuk meningkatkan professional. Selain itu, ia adalah untuk memperbaiki komunikasi dengan pelajar-pelajar dan untuk mendapatkan perspektif peribadi tentang kesan-kesan kaedah pengajaran dipelajari di universiti. Ini merupakan faedah yang besar untuk menjadi seorang guru di dalam sebuah sekolah daripada tahap sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi dapatan kajian tindakan mereka dengan yang lain.
HASIL KESELURUHAN
Setelah saya membaca ketiga-tiga artikel, di sini dapatlah saya rumuskan bahawa kesemua artikel ini lebih kepada kajian tindakan dalam pendidikan. Sampel yang digunakan dalam kajian ini lebih kepada pelajar dan guru sebagai responden malah setting kajian juga lebih berfokus kepada sekolah sebagai tempat kajian yang sesuai dijalankan apabila melaksanakan kajian tindakan. Apabila dikaji ketiga-tiga artikel ini, saya dapati artikel yang pertama merupakan artikel yang terbaik kerana dalam artikel ini ia banyak menggunakan proses kitaran kajian tindakan berterusan yang melibatkan tiga kitaran untuk mengkaji keberkesanan penggunaaan makmal di kalangan pelajar. Dari segi pengumpulan data pula, dapat dinyatakan bahawa ketiga-tiga artikel ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melakukan kajian tindakan. Jika dilihat dari sudut penganalisisan data pula, ia tidak menunjukkan teknik penganalisisan data secara jelas dan terperinci.
Judul Buku : Doing Action Research A Guide for School Support Staff Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser Tahun Terbitan : 2006 Penerbit : SAGE Publications
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan tajuk buku di atas, apa yang saya faham setelah membaca buku kajian tindakan ini ialah kajian tindakan merupakan satu kuasa atau pendekatan untuk mengubah dan menambahbaik mutu pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah satu bentuk kajian yang praktik, mempunyai kitaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah atau di sekolah. Kajian tindakan merupakan kajian yang bersifat kualitatif yang mengkaji tentang tingkah laku pelajar, memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran , meningkatkan kualiti pendidikan di dalam bilik darjah serta meningkatkan kefahaman amalan kendiri dalam suatu situasi sosial supaya bertambah baik.
Penyelidik tindakan merupakan seorang yang profesional di mana mereka ini menggunakan kaedah kajian tindakan sebagai tujuan mengkaji dan mengubah latihan profesional mereka sendiri. Fokus utama dalam melakukan kajian tindakan ialah mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam kelas supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas yang positif. Untuk mengubah tingkah laku pelajar, sikap dan nilai mereka, seseorang pelajar perlu aktif di dalam kelas. Guru perlu memupuk sifat keberanian dalam diri pelajar supaya berani mencuba sesuatu yang baru.
MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
Guru merupakan seorang tenaga pengajar yang diberikan amanah oleh Allah untuk mengajar dan mendidik anak-anak di negara kita menjadi insan yang berguna dan prihatin terhadap negara, agama dan bangsa. Guru diamanahkan menjadi ibu bapa kepada anak-anak tersebut apabila berada di kawasan sekolah, perlu membentuk disiplin kepada pelajar supaya pandai melaksanakan kerja dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Oleh itu antara sebab mengapa guru perlu melaksanakan kajian tindakan ialah :
1) Untuk mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan suasana di dalam bilik darjah.
2) Untuk memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas positif daripada pelajar-pelajar.
3) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki kelemahan amalan kendiri.
4) Untuk meningkatkan akademik pelajar di dalam bilik darjah.
REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Model : Model Kitaran Kajian Tindakan Lewin Buku ini menerangkan tentang model yang digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ialah kitaran yang dibangunkan oleh Lewin (1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang digunakan oleh Lewin ialah :
Sebelum merancang sesuatu langkah penambahbaikan, langkah yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti isu utama yang menjadi fokus utama kajian. Mengenal pasti isu utama adalah untuk penambahbaikan ruang lingkup di mana mereka boleh memberi kesan perubahan dan mereka rasa bermotivasi untuk melakukan kajian.
2) Bertindak, Memerhati dan Merefleksi
Langkah ini digunakan untuk melihat bagaimana keseluruhan kitaran kajian tindakan boleh dijalankan secara praktis. Apabila fokus kajian telah dibuat, langkah seterusnya ialah untuk memilih apakah jenis tindakan yang akan dimulakan dan bagaimana untuk mengutip data berkaitan dengan tindakan ini. Contoh kaedah pengumpulan data ialah pemerhatian, temubual, rakaman video dan analisis dokumen. Prinsip utama dalam memilih alat pengumpulan data ialah semuanya mesti sesuai dengan tujuan yang dikehendaki dalam kajian ini.
Sampel / Participants Buku ini tidak menyatakan sampel dalam buku kajian yang telah saya kaji ini. Tetapi apa yang saya faham sampel kajian mestilah melibatkan pelajar dan kanak-kanak . Dalam buku yang bertajuk “ A Teacher’s Guide to Classroom Research” karangan David Hopkins ada menyatakan bahawa sampel yang terdapat dalam buku ini ialah ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
Setting Kajian Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada tempat yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedurnya untuk melaksanakan kajian tindakan ialah :
Mengenal pasti isu dan masalah yang hendak dikaji.
Merancang tindakan
Perlaksanaaan Langkah Tindakan
Meninjau dan mengumpul data kajian tindakan
Menganalisis data
Merefleksi
PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA
1) Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang biasa digunakan dalam melakukan kajian tindakan ialah pemerhatian, borang soal selidik, temubual, dan rakaman video dan audio.
2) Teknik Pengumpulan Data
Setelah membuat keputusan tentang fokus kajian, peringkat seterusnya yang perlu diketahui ialah mempertimbangkan apakah data dan maklumat yang diperlukan. Dalam kajian tindakan, maklumat akan dikumpul ketika kitaran kajian tindakan semasa kajian tindakan dijalankan. Maklumat ini akan dianalisa dan keputusannya digunakan untuk memastikan peringkat tindakan yang seterusnya. Dalam kajian ini, kita hendaklah menggunakan dua atau tiga teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Contohnya borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan kumpulan sasaran. Selain itu, kita juga digalakkan menggunakan rakaman video/ DVD dan rakaman audio. Antara teknik pengumpulan data yang biasa digunakan ialah :
1. Pemerhatian
Pemerhatian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Ia merupakan satu kombinasi yang kompleks iaitu melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan dan bau. Pemerhatian ini bukanlah melibatkan penglihatan sahaja tetapi ia perlu dilaksanakan secara sistematik. Melalui pemerhatian, kita boleh merakam tindakan kita dan apa yang penting sekali ialah menganalisis dan menafsirkan apa yang kita lihat.
2. Diari, Jurnal dan catatan lapangan
Kajian diari yang juga dikenali jurnal atau catatan lapangan boleh digunakan untuk merakam pemerhatian yang dilaksanakan bagi mendapatkan data dan merupakan tujuan utama dalam proses kajian, peristiwa penting atau perasaan anda tentang projek kajian itu dan arahan yang telah diambil. Sebarang catatan diari boleh dibuat berpandukan kepada beberapa tahap :
Data yang belum diproses melalui pemerhatian yang dilakukan oleh individu, persekitaran, perbualan mereka yang dicatat dengan tarikh, masa dan sebagainya. Nota-nota ini akan dibuat di tempat yang lapang sebagai peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Refleksi dan mengimbas kembali - berkembang nota-nota yang dilakukan selepas peristiwa, apabila anda dapat menambah informasi penting lain yang sedang difikirkan.
Tema dan wawasan - perjalanan rekod analisis dan tafsiran.
Pengalaman data – sebuah buku atau jurnal tentang bagaimana perasaan anda terhadap proses kajian atau peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.
3. Sumber-Sumber Dokumentari
Bell (1999 :106) menyatakan bahawa kebanyakan projek-projek pendidikan akan memerlukan analisis keterangan dokumentari. Jenis keterangan paling biasa diperlukan untuk projek kajian tindakan berpusatkan sekolah adalah sebahagian besarnya bertulis sebagai sumber-sumber bercetak. Contohnya, ini termasukla rekod-rekod murid, kerja yang dilakukan daripada buku kanak-kanak atau dokumentasi sekolah seperti minit-minit mesyuarat, polisi, daftar kehadiran, prospektus dan sebagainya. Bagaimanapun, seperkara lagi ia mungkin sesuai untuk anda bagi mengumpul bukti yang berbentuk tidak perlu menulis, seperti murid-murid melukis, menjadi model atau bergambar berkaitan dengan mempamerkan atau kerja projek. Keterangan seumpama ini boleh memberi maklumat yang penting untuk kerja anda atau mungkin membuktikan mampu menjadikan sumber data dalam diri mereka.
4. Borang Soal Selidik
Amnya, soal selidik mengandungi satu set soalan yang ditanya kepada seseorang untuk menjawab persoalan tersebut. Ia merupakan salah satu teknik pengumpulan yang sangat popular dan biasanya mudah untuk direka dan disampaikan.
5. Temubual
Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang penting dan sesuai berbanding soal selidik kerana ia memberi peluang kepada penyelidik untuk memperolehi maklumat kajian secara teliti dan mendalam. Kebiasaannya, dalam kajian ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian malah penyelidik perlu bersemuka iaitu secara terus menerus dengan peserta untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki secara langsung. Sama seperti pemerhatian, Temubual juga terdiri daripada dua jenis iaitu :
Temubual Berstruktur
Temubual Tidak Berstruktur
Dalam konteks temubual ini, penemuduga perlu mengumpulkan beberapa soalan untuk ditanya kepada pihak yang terlibat. Apabila kamu mengadakan temubual, perlu diingatkan beberapa asas penting iaitu :
Secara umumnya, pastikan kamu memiliki bilik yang sunyi dan sesuai untuk menjalani temubual.
Uji semua peralatan rakaman sebelum memulakan sesi temubual dan perlu memiliki bateri simpanan jika berlakunya kecemasan.
Terangkan apakah bentuk temubual yang dikehendaki dan cuba pastikan bahawa semasa proses temubual itu ia berlaku secara tenang.
Hendaklah mengetahui apa persoalan yang ingin diajukan iaitu bagaimana struktur soalan yang akan ditanya.
Untuk mengelakkan bias, jangan bertanya soalan yang sudah pasti.
6. Menggunakan Peralatan Audio Visual
Fotografi, rakaman audio dan video boleh digunakan untuk mengutip fakta-fakta apabila proses pengumpulan data dilakukan.
3) Teknik Penganalisisan Data
Setelah data-data dikumpul, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah anda perlulah menganalisis data-data tersebut. Tujuan menganalisis data ialah membantu untuk mendalami data dan hasil dapatan kajian secara dekat dan jelas. Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan data sama ada dengan menggunakan graf, carta pai, jadual dan sebagainya.
Freeman (1998 :26) menjelaskan proses kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan, kerana seorang penyelidik anda berasa anda telah ketahui, tetapi dalam melaksanakan siasatan, anda menolak diri anda sendiri untuk memeriksa rasa kepastian, menyingkap, meneliti, mempersoalkan, bukan kerana anda adalah tersilap tetapi untuk mencari apa itu kebenaran dan mengapa. Untuk melakukan ini, Freeman percaya tidak mengutip dan mengumpul semula data adalah merupakan satu proses yang amat penting yang mana kedua-duanya itu menawan dan mencabar. Dia mengenal pasti bahawa terdapat empat aktiviti yang perlu dilakukan untuk mernganalisis :
Menamakan
Mengumpulkan
Menghubungkaitkan
Menunjukkan data
Blaxter mengatakan : Saya berniat untuk mempertimbangkan aktiviti-aktiviti ini bagi menerangkan bagaimana untuk melakukan satu analisis berkesan projek-projek kajian secara kecil-kecilan. Semua penyelidik perlu untuk mempertimbangkan kepentingan, kesimpulan umum, kebolehpercayaan dan kesahan (Blaxter et al., 2001 : 221). Saya juga akan berusaha untuk menerangkan syarat-syarat ini dan membincangkan sejauh mana mereka menggunakan contoh-contoh khusus kajian tindakan.
ETIKA KAJIAN TINDAKAN
Etika kajian merupakan satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam kajian tindakan. Tujuan etika kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi panduan umum dan pendedahan awal kepada peserta tentang sesuatu projek kajian iaitu menjelaskan tujuan penyelidikan tersebut. Etika kajian yang perlu diberi penekanan dalam kajian tindakan ialah :
Jika temubual yang dilakukan oleh penyelidik itu melibatkan kanak-kanak dalam kajian tindakan mereka, maka ibu bapa perlulah memberi keizinan kepada penyelidik untuk menemubual anak mereka.
Kajian itu hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang mengambil bahagian seperti pengetua untuk didedahkan kepada masyarakat umum.
Apabila kajian itu hendak diterbitkan, perlulah mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian berkenaan .
Apabila kita menggunakan alat pengumpulan data seperti rakaman video hak milik sekolah, maka perlulah kita meminta kebenaran dari pihak sekolah dan memaklumkan kepada mereka tentang penggunaan alat tersebut untuk tujuan kajian tindakan.
Apabila sesuatu kajian yang dilakukan tersebut sudah siap dan ingin diterbitkan hasil daripada guru-guru yang terlibat dalam melakukan kajian tindakan, perlulah dibuat atas nama mereka sendiri.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan ialah takat ketekalan yang mana satu ujian atau prosedur menghasilkan keputusan yang sama. Dalam kata lain, mengumpulkan kaedah data yang ingin digunakan mestilah ada kebolehpercayaan yang mana keputusan yang diberikan mestilah sama dan tidak berubah untuk hari ini, semalam mahupun esok. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian atau menjadikan apa yang perlu saya tahu sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan itu.
Kesahan
Kesahan adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan kerana kesahan ini memberitahu kita sama ada kaedah pengumpulan data sebenarnya untuk mengukur apa yang seharusnya diukur atau mengumpul maklumat yang sudah ada tujuannya. Sebagai contohnya sebagai penyelidik mungkin bertanya soalan yang boleh dipercayai tetapi soalan-soalan tersebut tidak sah berkaitan dengan jenis maklumat yang ingin dicari. Contohnya : Ukuran saiz topi seseorang ditentukan dengan kepandaian. Di sini kita hendaklah mengukur saiz topi itu berdasarkan ukuran yang tetap dengan menggunakan alat mengukur yang boleh dipercayai dan akhirnya dengan keputusan kebolehpercayaan dikaitkan dengan saiz topi, tetapi pengukuran itu tidak sah kerana saiz topi tidak ada kaitan dengan aspek yang diukur iaitu kepandaian.
PENILAIAN TERHADAP BUKU YANG DIKAJI
Buku ini mengandungi enam topik utama yang menceritakan tentang kajian tindakan iaitu bab pertama tentang pengenalan kajian tindakan, bab kedua bagaimana cara membuat kajian kepustakaan dan tinjauan, bab ketiga tentang pengumpulan data, bab keempat tentang penganalisisan data, bab kelima tentang menulis laporan manakala bab yang keenam pula menceritakan tentang faedah yang dapat daripada melakukan kajian tindakan. Dalam membuat ulasan buku yang dikehendaki oleh Dr. Siti Fatimah Abdullah ini, saya hanya membuat ulasan daripada bab pertama,bab ketiga dan bab keempat sahaja.
Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kerana ia mengandungi teknik pengumpulan data dan penganalisisan data yang lengkap serta cara bagaimana untuk melakukan kajian kepustakaan dan tinjauan. Selain itu, buku ini juga mempunyai cara menulis laporan yang betul yang mana telah diberikan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan guru atau pembantu guru untuk melakukan kajian tindakan dan buku ini mempunyai ayat atau frasa kata yang mudah difahami walaupun saya tidak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris.. Manakala kelemahan buku ini ia tidak mengandungi maklumat yang lengkap berkenaan dengan prosedur kajian tindakan. Ia hanya menyebut secara tidak langsung sahaja. Walaupun buku ini tidak berapa lengkap tetapi buku ini boleh dijadikan rujukan untuk para guru atau pembantu guru bagi melaksanakan kajian tindakan pada bila-bila masa. Melalui kajian tindakan ini kita dapat menambahkan pengetahuan yang baru berkenaan dengan kajian yang hendak dilakukan dan dapat memperbaiki serta menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan kepada pelajar supaya menjadi lebih sistematik dan teratur .
RUJUKAN
Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser. 2006. Doing Action Research A Guide for School Support Staff. London : SAGE Publications.
David Hopkins. 2002. A Teacher’s Guide to Classroom Research. Maidenhead, Philadelphia : Open University Press.
- Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
- Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.
- Memerlukan kemahiran berfikir.
Membandingkan dan Membezakan
- Iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.
- Kemahiran ini digunakan apabila :
- Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan - Membuat pilihan atau keputusan
Langkah Penggunaan
- Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampul, seting, prosedur, pengumpulan data dan penganalisisan data).
Menganalisis
- Mengolah maklumat dan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip terlibat.
- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Menilai
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Kemahiran digunakan bagi membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak idea.
Membuat kesimpulan
- Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara .
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan meramal.
Mensintesis
- Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang mennyeluruh dalam bentuk pernyataan.
Sebelum memulakan kuliah Kajian Kepustakaan, Dr. Siti Fatimah telah membuat refleksi tentang konsep kajian tindakan terlebih dahulu yang telah dipelajari dari minggu 1 hingga minggu ke 4 . Beliau memanggil beberapa nama pelajar-pelajar untuk mengetahui setakat mana pengetahuan sedia ada mereka dalam pemahamannya berkenaan dengan kajian tindakan. Beliau membuat perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian eksperimental. Di sini sebenarnya adalah untuk menguji tahap pemikiran pelajar sama ada mereka mengulangkaji atau mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada minggu yang lalu sebelum beliau menyentuh tentang tajuk Kajian Kepustakaan.
Berdasarkan pemahaman saya, apa yang dapat saya nyatakan di sini kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh individu itu sendiri sedangkan kajian eksperimental pula ialah kajian yang dilakukan oleh orang lain. Kajian ini tidak melibatkan hipotesis manakala kajian eksperimental pula mesti ada hipotesis. Kajian tindakan dilakukan adalah untuk penambahbaikan teknik-teknik pengajaran di sekolah dan mengubah amalan pengajaran yang negatif kepada arah positif. Kajian tindakan ini mengambil masa yang panjang sehingga dapat memperbaiki teori yang baru dalam pendidikan. Peranan guru dalam proses kajian tindakan adalah meneliti atau mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan iaitu bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.
Selain Dr. Siti Fatimah menyentuh tentang konsep kajian tindakan, beliau juga mengimbas kembali tentang jenis-jenis kajian tindakan iaitu :
1) Kajian Tindakan Individu 2) KajianTtindakan Kolaboratif 3) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah 4) Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.
- 8 sebab orang menentang perubahan:
1) Perubahan itu menyebabkan takut gagal.
2) Perubahan itu menyebabkan kita akan perfikiran sempit dan negatif.
3) Perubahan itu menyebabkan kita mengambil masa yang terlalu lama.
4) Perubahan menyebabkan keliru untuk membuat pilihan.
Contohnya kita dapat menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetapi dalam masa yang sama kita mendapat tawaran kerja di Jabatan Agama Islam Kemajuan Islam Malaysia sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam. Di sini wujudnya kekeliruan untuk membuat pilihan yang terbaik antara dua pekerjaan tersebut.
5) Perubahan itu berlaku secara drastik.
6) Perubahan yang dilakukan dirasakan tidak selamat.
7) Perubahan adalah menyebabkan ketidakpastian.
8) perubahan itu berlaku secara kompleks.
Cara Penyelesaiannya :
1) Perlu menubuhkan sebuah oraganisasi yang teratur dan bersistematik.
2) Perlu banyak bertanya antara guru dan pelajar.
3) Perlu merancang sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan secara teratur.
Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian dalam pendidikan mestilah dielakkan kerana jikalau berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda pada masa akan datang.
Perubahan juga adalah berbentuk kompleks di mana perubahan itu dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi. Evolusi ialah proses perubahan yang berlaku secara perlahan tetapi dalam jangka masa yang panjang atau lama manakala Revolusi pula ialah proses perubahan yang berlaku secara drastik dan pantas. Proses revolusi akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
Selain itu, perubahan merupakan multidemensi iaitu sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimesi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang telah dipelajari pada minggu ke 3 kuliah di bawah pensyarah Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah iaitu tujuan perubahan, unit perubahan, sifat perubahan, magnitud (saiz) perubahan, skop perubahan dan jangka masa perubahan.
Diharapkan konsep perubahan ini dapat diaplikasikan apabila menjadi seorang guru kelak untuk melakukan kajian tindakan di sekolah.
JENIS-JENIS PERUBAHAN
Mengikut Dessler, terdapat 4 jenis perubahan :
1) Perubahan ke arah Peningkatan
Perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam sesebuah organisasi iaitu mengadakan program pembangunan pekerja untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. contohnya mengadakan kursus yang mengambil masa yang lama untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan produktif. Selain itu, berlakunya perubahan dan struktur organisasi dan juga memperkenalkan teknologi baru seperti memperkenalkan teknologi multimedia atau penggunaan komputer kepada pekerja supaya mereka tidak terasa terasing dengan teknologi yang canggih pada masa sekarang dan dapat mempelajari sesuatu yang baru.
2) Perubahan Strategik Organisasi
Perubahan yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti menjelaskan semula peranan sesebuah organisasi iaitu peranan organisasi itu perlu diketahui oleh masyarakat supaya mereka dapat menilai kebaikan atau kelemahan yang terdapat pada organisasi tersebut. Selain itu, ia melibatkan perubahan nilai-nilai yang terdapat dalam organisasi. Contoh teras organisasi itu adalah rajin, kerjasama, komitmen, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan sebagainya.
3) Perubahan Reaktif
Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak yang berkepentingan.
4) Perubahan Akibat dari Jangkaan
Perubahan yang dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan (orang yang menguruskan) yang perlu diadakan perubahan bagi membolehkan organisasi mendapat kebaikan yang sewajarnya.
MODEL-MODEL PERUBAHAN
1) Model Koger
- Iaitu proses bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti.
- Masalah atau keperluan ini berdasarkan pennyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang.
-Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Mungkin terhasil dari amalan praktikal.
2) Model Kanter
Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada : 1) Penjanaan Idea 2) Membina Idea 3) Realisasi Idea 4) Pemindahan Idea
3) Model Rand
- Tujuan utama ialah untuk mentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
- Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis menurut Berman dan MCLaughlin, proses perubahna di sekolah melibatkan 3 langkah : 1. Daya Usaha 2. Implenmentasi 3. Penggabungan iaitu perlu digabungkan dengan amalan-amalan sedia ada.
4) Model Acot
- Berdasarkan Projek apple Classroom of Tomorrow (ACOT), kajin pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
- Model ini mempunyai 5 perubahan :
1) Kemasukan 2) Memilih 3) Menyesuaikan 4) Penggunaan 5) Mereka Cipta
Reka Bentuk Kajian Tindakan terbahagi kepada dua :
1) Proses Teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi
2) Projek akademik dan penulisan ilmiah
Aktiviti1 - Selepas mengikuti Program Bina Insan GuruII
Refleksi ke atas masalah dalam diri anda .
-Senaraikan penambahbaikan yang perlu di lakukan dalam diri anda
-Rancang pelan tindakan untuk menambah baik.
oMatlamat (umum)
oSenaraikan objektif
-Pelan Tindakan
oNyatakan langkah-langkah yang perlu di ambil
oRancang bagaimana anda ingin mengumpul data
oBagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
o Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.
Masalah yang timbul dalam diri saya setelah saya balik dari Program Bina Insan Guru II ialah:
1) Tidak bijak dalam pengurusan masa
2)Kurang keyakinan dalam diri.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri saya ialah :
1)Perlu bijak dalam membahagikan masa supaya kerja yang akan dilaksanakan akan menjadi lebih teratur sistematik.
2)Perlu membuktikan keyakinan dalam diridan sanggup menghadapi cabaran bahawasanya saya juga boleh melakukan sesuatu kerja dengan baik contohnya snorkeling dan water confident.
Rancang Pelan Tindakan untuk menambaik :
Matlamat (Umum)
Untuk melahirkan diri yang mempunyai sikap bertanggungjawab, patuh pada masa serta mempunyai semangat dan komitmen serta keyakinan dalam diri.
Objektif
Untuk mewujudkan diri yang pandai menguruskan masa dengan bijak pada masa akan datang.
Untuk melahirkan dirisaya mempunyai keyakinan diri dan tahap motivasi yang tinggi terhadap tugas yang diberikan.
Pelan Tindakan
1) Langkah-langkah yang perlu diambil
- Saya perlu mengenal pasti masalah kelemahan yang ada dalam diri saya terlebih dahulu supaya langkah tersebut dapat diperbaiki dengan sebaiknya contohnya masalah tidak bijak dalam menguruskan masa dan kurang keyakinan diri.
- Saya perlu muhasabah diri saya terlebih dahulu dengan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya saya dapat meningkatkan prestasi saya dan memperbaiki kelemahan saya secara berperingkat-peringkat.
2) Rancang bagaimana untuk pengumpulan data
- Setelah itu, saya perlu membuat jadual belajar atau jadual untuk aktiviti sukan denganteratur supaya objektif yang saya kehendaki tercapai.
- Saya perlu bijak dalam menguruskan masa antara waktu belajar dan waktu sukan supaya kedua-duanya menjadi sekata atau sama rata.
- Sentiasa rajin membaca buku yang berkaitan cara mengurus masa dengan bijak di perpustakaan supaya saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan masa.
- Perlu aktif untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lasak yang boleh membina keyakinan supaya minda saya terasa tercabar untuk berfikir secara positif dan tidak akan berfikiran negatif.
3) Pemantauan
- Meminta kawan-kawan yang rapat dengan saya memantau tingkah laku saya dan boleh memberi komentar berkenaan dengan pemantauan yang dibuat pada diri saya.
- Pemantauan itu dibuat berdasarkan diri sendiri yang memainkan peranan penting untukmeningkatkan tahap keyakinan kita dalam sesuatu aktiviti dan pandai menguruskan masa dengan bijak.
- Pemantauan dibuatmerujuk kepada ahli-ahli yang pakar dalam sesuatu bidangsupaya mereka dapat membantu saya.
4) Penilaian
- Saya akan muhasabah balik tentang diri saya dan membuat penilaiansama ada objektif yang saya kehendaki itu tercapai atau tidak.
- Meminta kawan-kayang rapat dapat membantu untuk membuat penilaian terhadap diri sari segi penggunaan masa dan mempunyai keyakinan dan harga kendiri yang tinggi dalam diri.
Aktiviti 2 – Kumpulan
-Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( 1 kumpulan 3 orang : lantik ketua, pencatat, pembentang).
-Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
oRefleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.
oCadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( Pendidikan Islam )
* Halina binti Yusof ( Ketua ), Nur Atifah binti Abd Wahab (Pencatat) dan Norbasirah binti Saodi (Pembentang).
- Masalah yang dihadapi sepanjang mengikuti kursus kaedah mengajar ialah bahagian sirah dan Tamadun Islam Tingkatan satu iaitu berkenaan dengan teknik bercerita yang tidak digunakan oleg guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah :
- Guru perlu banyak membaca buku atau sumber lain berkaitan dengan Sirah dan Tamadun Islam supaya dapat meningkatkan kefahaman tentang tajuk yang akan diajar.
- Guru perlu mengetahui teknik bercerita yang berkesan untuk menarik perhatian dan minat pelajar contohnya intonasi suara yang betul, pergerakan badan, gesture dan eye contact antara pelajar-pelajar di dalam bilik darjah.
- Strategi yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menarik minat pelajar apabila mengajar subjek tentang Sirah dan Tamadun Islam ialah guru hendaklah menggunakan tayangan video yang menarik, menyuruh pelajar melakonkan watak yang diminta oleh guru dan guru hanya menyediakan skrip kepada pelajar atau mewujudkan mingu bercerita berkenaan dengan Sirah dan Tamadun Islam untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar.
Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan ijazah (DPLI) yang melanjutkan pelajaran di UKM dan i'allah bakal menjadi seorang guru yang versetile dan holistik untuk membentuk anak bangsa pada zaman sekarang.