REFLEKSI KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Sebelum memulakan kuliah Kajian Kepustakaan, Dr. Siti Fatimah telah membuat refleksi tentang konsep kajian tindakan terlebih dahulu yang telah dipelajari dari minggu 1 hingga minggu ke 4 . Beliau memanggil beberapa nama pelajar-pelajar untuk mengetahui setakat mana pengetahuan sedia ada mereka dalam pemahamannya berkenaan dengan kajian tindakan. Beliau membuat perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian eksperimental. Di sini sebenarnya adalah untuk menguji tahap pemikiran pelajar sama ada mereka mengulangkaji atau mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada minggu yang lalu sebelum beliau menyentuh tentang tajuk Kajian Kepustakaan.
Berdasarkan pemahaman saya, apa yang dapat saya nyatakan di sini kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh individu itu sendiri sedangkan kajian eksperimental pula ialah kajian yang dilakukan oleh orang lain. Kajian ini tidak melibatkan hipotesis manakala kajian eksperimental pula mesti ada hipotesis. Kajian tindakan dilakukan adalah untuk penambahbaikan teknik-teknik pengajaran di sekolah dan mengubah amalan pengajaran yang negatif kepada arah positif. Kajian tindakan ini mengambil masa yang panjang sehingga dapat memperbaiki teori yang baru dalam pendidikan. Peranan guru dalam proses kajian tindakan adalah meneliti atau mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan iaitu bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.
Selain Dr. Siti Fatimah menyentuh tentang konsep kajian tindakan, beliau juga mengimbas kembali tentang jenis-jenis kajian tindakan iaitu :
1) Kajian Tindakan Individu
2) KajianTtindakan Kolaboratif
3) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
4) Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Langkah-Langkah Dalam Proses Kajian Tindakan ( Johnson, 2005)
0 ulasan:
Catat Ulasan