Sebelum memulakan kuliah Kajian Kepustakaan, Dr. Siti Fatimah telah membuat refleksi tentang konsep kajian tindakan terlebih dahulu yang telah dipelajari dari minggu 1 hingga minggu ke 4 . Beliau memanggil beberapa nama pelajar-pelajar untuk mengetahui setakat mana pengetahuan sedia ada mereka dalam pemahamannya berkenaan dengan kajian tindakan. Beliau membuat perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian eksperimental. Di sini sebenarnya adalah untuk menguji tahap pemikiran pelajar sama ada mereka mengulangkaji atau mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada minggu yang lalu sebelum beliau menyentuh tentang tajuk Kajian Kepustakaan.
Berdasarkan pemahaman saya, apa yang dapat saya nyatakan di sini kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh individu itu sendiri sedangkan kajian eksperimental pula ialah kajian yang dilakukan oleh orang lain. Kajian ini tidak melibatkan hipotesis manakala kajian eksperimental pula mesti ada hipotesis. Kajian tindakan dilakukan adalah untuk penambahbaikan teknik-teknik pengajaran di sekolah dan mengubah amalan pengajaran yang negatif kepada arah positif. Kajian tindakan ini mengambil masa yang panjang sehingga dapat memperbaiki teori yang baru dalam pendidikan. Peranan guru dalam proses kajian tindakan adalah meneliti atau mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan iaitu bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.
Selain Dr. Siti Fatimah menyentuh tentang konsep kajian tindakan, beliau juga mengimbas kembali tentang jenis-jenis kajian tindakan iaitu :
1) Kajian Tindakan Individu 2) KajianTtindakan Kolaboratif 3) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah 4) Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.
- 8 sebab orang menentang perubahan:
1) Perubahan itu menyebabkan takut gagal.
2) Perubahan itu menyebabkan kita akan perfikiran sempit dan negatif.
3) Perubahan itu menyebabkan kita mengambil masa yang terlalu lama.
4) Perubahan menyebabkan keliru untuk membuat pilihan.
Contohnya kita dapat menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetapi dalam masa yang sama kita mendapat tawaran kerja di Jabatan Agama Islam Kemajuan Islam Malaysia sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam. Di sini wujudnya kekeliruan untuk membuat pilihan yang terbaik antara dua pekerjaan tersebut.
5) Perubahan itu berlaku secara drastik.
6) Perubahan yang dilakukan dirasakan tidak selamat.
7) Perubahan adalah menyebabkan ketidakpastian.
8) perubahan itu berlaku secara kompleks.
Cara Penyelesaiannya :
1) Perlu menubuhkan sebuah oraganisasi yang teratur dan bersistematik.
2) Perlu banyak bertanya antara guru dan pelajar.
3) Perlu merancang sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan secara teratur.
Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian dalam pendidikan mestilah dielakkan kerana jikalau berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda pada masa akan datang.
Perubahan juga adalah berbentuk kompleks di mana perubahan itu dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi. Evolusi ialah proses perubahan yang berlaku secara perlahan tetapi dalam jangka masa yang panjang atau lama manakala Revolusi pula ialah proses perubahan yang berlaku secara drastik dan pantas. Proses revolusi akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
Selain itu, perubahan merupakan multidemensi iaitu sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimesi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang telah dipelajari pada minggu ke 3 kuliah di bawah pensyarah Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah iaitu tujuan perubahan, unit perubahan, sifat perubahan, magnitud (saiz) perubahan, skop perubahan dan jangka masa perubahan.
Diharapkan konsep perubahan ini dapat diaplikasikan apabila menjadi seorang guru kelak untuk melakukan kajian tindakan di sekolah.
JENIS-JENIS PERUBAHAN
Mengikut Dessler, terdapat 4 jenis perubahan :
1) Perubahan ke arah Peningkatan
Perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam sesebuah organisasi iaitu mengadakan program pembangunan pekerja untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. contohnya mengadakan kursus yang mengambil masa yang lama untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan produktif. Selain itu, berlakunya perubahan dan struktur organisasi dan juga memperkenalkan teknologi baru seperti memperkenalkan teknologi multimedia atau penggunaan komputer kepada pekerja supaya mereka tidak terasa terasing dengan teknologi yang canggih pada masa sekarang dan dapat mempelajari sesuatu yang baru.
2) Perubahan Strategik Organisasi
Perubahan yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti menjelaskan semula peranan sesebuah organisasi iaitu peranan organisasi itu perlu diketahui oleh masyarakat supaya mereka dapat menilai kebaikan atau kelemahan yang terdapat pada organisasi tersebut. Selain itu, ia melibatkan perubahan nilai-nilai yang terdapat dalam organisasi. Contoh teras organisasi itu adalah rajin, kerjasama, komitmen, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan sebagainya.
3) Perubahan Reaktif
Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak yang berkepentingan.
4) Perubahan Akibat dari Jangkaan
Perubahan yang dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan (orang yang menguruskan) yang perlu diadakan perubahan bagi membolehkan organisasi mendapat kebaikan yang sewajarnya.
MODEL-MODEL PERUBAHAN
1) Model Koger
- Iaitu proses bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti.
- Masalah atau keperluan ini berdasarkan pennyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang.
-Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Mungkin terhasil dari amalan praktikal.
2) Model Kanter
Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada : 1) Penjanaan Idea 2) Membina Idea 3) Realisasi Idea 4) Pemindahan Idea
3) Model Rand
- Tujuan utama ialah untuk mentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
- Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis menurut Berman dan MCLaughlin, proses perubahna di sekolah melibatkan 3 langkah : 1. Daya Usaha 2. Implenmentasi 3. Penggabungan iaitu perlu digabungkan dengan amalan-amalan sedia ada.
4) Model Acot
- Berdasarkan Projek apple Classroom of Tomorrow (ACOT), kajin pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
- Model ini mempunyai 5 perubahan :
1) Kemasukan 2) Memilih 3) Menyesuaikan 4) Penggunaan 5) Mereka Cipta
Reka Bentuk Kajian Tindakan terbahagi kepada dua :
1) Proses Teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi
2) Projek akademik dan penulisan ilmiah
Aktiviti1 - Selepas mengikuti Program Bina Insan GuruII
Refleksi ke atas masalah dalam diri anda .
-Senaraikan penambahbaikan yang perlu di lakukan dalam diri anda
-Rancang pelan tindakan untuk menambah baik.
oMatlamat (umum)
oSenaraikan objektif
-Pelan Tindakan
oNyatakan langkah-langkah yang perlu di ambil
oRancang bagaimana anda ingin mengumpul data
oBagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
o Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.
Masalah yang timbul dalam diri saya setelah saya balik dari Program Bina Insan Guru II ialah:
1) Tidak bijak dalam pengurusan masa
2)Kurang keyakinan dalam diri.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri saya ialah :
1)Perlu bijak dalam membahagikan masa supaya kerja yang akan dilaksanakan akan menjadi lebih teratur sistematik.
2)Perlu membuktikan keyakinan dalam diridan sanggup menghadapi cabaran bahawasanya saya juga boleh melakukan sesuatu kerja dengan baik contohnya snorkeling dan water confident.
Rancang Pelan Tindakan untuk menambaik :
Matlamat (Umum)
Untuk melahirkan diri yang mempunyai sikap bertanggungjawab, patuh pada masa serta mempunyai semangat dan komitmen serta keyakinan dalam diri.
Objektif
Untuk mewujudkan diri yang pandai menguruskan masa dengan bijak pada masa akan datang.
Untuk melahirkan dirisaya mempunyai keyakinan diri dan tahap motivasi yang tinggi terhadap tugas yang diberikan.
Pelan Tindakan
1) Langkah-langkah yang perlu diambil
- Saya perlu mengenal pasti masalah kelemahan yang ada dalam diri saya terlebih dahulu supaya langkah tersebut dapat diperbaiki dengan sebaiknya contohnya masalah tidak bijak dalam menguruskan masa dan kurang keyakinan diri.
- Saya perlu muhasabah diri saya terlebih dahulu dengan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya saya dapat meningkatkan prestasi saya dan memperbaiki kelemahan saya secara berperingkat-peringkat.
2) Rancang bagaimana untuk pengumpulan data
- Setelah itu, saya perlu membuat jadual belajar atau jadual untuk aktiviti sukan denganteratur supaya objektif yang saya kehendaki tercapai.
- Saya perlu bijak dalam menguruskan masa antara waktu belajar dan waktu sukan supaya kedua-duanya menjadi sekata atau sama rata.
- Sentiasa rajin membaca buku yang berkaitan cara mengurus masa dengan bijak di perpustakaan supaya saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan masa.
- Perlu aktif untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lasak yang boleh membina keyakinan supaya minda saya terasa tercabar untuk berfikir secara positif dan tidak akan berfikiran negatif.
3) Pemantauan
- Meminta kawan-kawan yang rapat dengan saya memantau tingkah laku saya dan boleh memberi komentar berkenaan dengan pemantauan yang dibuat pada diri saya.
- Pemantauan itu dibuat berdasarkan diri sendiri yang memainkan peranan penting untukmeningkatkan tahap keyakinan kita dalam sesuatu aktiviti dan pandai menguruskan masa dengan bijak.
- Pemantauan dibuatmerujuk kepada ahli-ahli yang pakar dalam sesuatu bidangsupaya mereka dapat membantu saya.
4) Penilaian
- Saya akan muhasabah balik tentang diri saya dan membuat penilaiansama ada objektif yang saya kehendaki itu tercapai atau tidak.
- Meminta kawan-kayang rapat dapat membantu untuk membuat penilaian terhadap diri sari segi penggunaan masa dan mempunyai keyakinan dan harga kendiri yang tinggi dalam diri.
Aktiviti 2 – Kumpulan
-Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( 1 kumpulan 3 orang : lantik ketua, pencatat, pembentang).
-Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
oRefleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.
oCadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( Pendidikan Islam )
* Halina binti Yusof ( Ketua ), Nur Atifah binti Abd Wahab (Pencatat) dan Norbasirah binti Saodi (Pembentang).
- Masalah yang dihadapi sepanjang mengikuti kursus kaedah mengajar ialah bahagian sirah dan Tamadun Islam Tingkatan satu iaitu berkenaan dengan teknik bercerita yang tidak digunakan oleg guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah :
- Guru perlu banyak membaca buku atau sumber lain berkaitan dengan Sirah dan Tamadun Islam supaya dapat meningkatkan kefahaman tentang tajuk yang akan diajar.
- Guru perlu mengetahui teknik bercerita yang berkesan untuk menarik perhatian dan minat pelajar contohnya intonasi suara yang betul, pergerakan badan, gesture dan eye contact antara pelajar-pelajar di dalam bilik darjah.
- Strategi yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menarik minat pelajar apabila mengajar subjek tentang Sirah dan Tamadun Islam ialah guru hendaklah menggunakan tayangan video yang menarik, menyuruh pelajar melakonkan watak yang diminta oleh guru dan guru hanya menyediakan skrip kepada pelajar atau mewujudkan mingu bercerita berkenaan dengan Sirah dan Tamadun Islam untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar.
Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan ijazah (DPLI) yang melanjutkan pelajaran di UKM dan i'allah bakal menjadi seorang guru yang versetile dan holistik untuk membentuk anak bangsa pada zaman sekarang.